CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Henti bina rumah mewah'

14-6-2013 11:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13833| Komen: 119

Description: KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu menghentikan pembangunan kediaman mewah di ibu kota, bagi memberi ruang membina sebanyak mungkin perumahan mampu milik di lokasi lebih strategik untuk dimiliki oleh warga ...
KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu menghentikan pembangunan kediaman mewah di ibu kota, bagi memberi ruang membina sebanyak mungkin perumahan mampu milik di lokasi lebih strategik untuk dimiliki oleh warga kota khususnya golongan muda berkeluarga.

Pembangunan di ibu negara kini juga dilihat sudah mencapai tahap selesa, justeru pembinaan rumah buat warga kota perlu menjadi fokus dan agenda utama kerajaan biarpun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan ratusan juta ringgit untuk membeli tanah milik swasta demi mencapai matlamat itu.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata, sudah tiba masanya perkara itu diberi perhatian serius oleh pihak yang mempunyai kuasa eksekutif, jika tidak mahu berdepan ‘kehilangan’ tenaga kerja muda yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi bandar.

Menurutnya, ini kerana, ketidakmampuan golongan itu memiliki rumah di Kuala Lumpur, ditambah pula dengan caj sewa mahal, membuatkan mereka terpaksa tinggal di pinggir bandar dan memaksa mereka menanggung kos perjalanan tinggi.

“Kita faham, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ada rancangan pembangunan bandar, begitu juga dengan sektor swasta yang ada rancangan membangunkan tanah mereka berlandaskan keuntungan. Jadi, tidak boleh memaksa mereka bina rumah kos rendah dan mampu milik. Kerana itu, kerajaan perlu keluar belanja beli tanah mereka untuk tujuan itu.

“Tanah-tanah DBKL yang masih ada mungkin tidak strategik untuk tujuan itu kerana ia perlu dilengkapi dengan akses pengangkutan awam untuk memberi kemudahan kepada golongan yang berpendapatan sederhana ini,” katanya ketika sesi temu bual secara langsung menerusi segmen 'Kopi O Biskut Kering' di saluran radio internet, Urban Youth FM - Suara Belia Bandar, kelmarin.

Menurutnya, meskipun DBKL menyediakan perumahan dengan kadar sewa rendah, peluang untuk golongan tersebut memperolehnya amat tipis berikutan kuantiti unitnya kini amat terhad dan tidak mencukupi.

Katanya, keadaan itu boleh diatasi dengan DBKL membuat bancian semula terhadap golongan penyewa yang sudah menetap sekian lama, untuk diteliti kembali kelayakan mereka.

“Perumahan seumpama ini dibina untuk golongan yang berpendapatan rendah. Jadi peluang dalam tempoh lima tahun misalnya telah diberikan untuk mereka membina kehidupan kerana tidak mampu menyewa di luar. Selepas 10 tahun, tentunya ada yang sudah berkemampuan. Jadi DBKL perlu nasihatkan mereka ini untuk keluar.

“Beri peluang kepada warga kota lain yang tidak mampu untuk bina hidup mereka,” katanya.

Johari menambah, beliau sentiasa tekankan kepada kerajaan berhubung perkara-perkara berkenaan, malah sejak lebih dua tahun lalu apabila diberi mandat memangku kepimpinan BN Titiwangsa.

“Kerana itu, sejak saya ambil alih BN Titiwangsa, sepengetahuan saya, tiada tanah dalam kawasan parlimen ini yang diluluskan DBKL untuk pembinaan kediaman mewah.

“Untuk pembangunan Kampung Baru juga saya akan pastikan, jangan sampai pemilik tanah tidak duduk di situ, kerana ia penting untuk mempertahankan hak mereka,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makcik.peah 14-6-2013 08:01 AM
nanges makcik tgk harga umah skrang nie
Quote bbalik 14-6-2013 08:04 AM
yg biasa2 pun xmampu...
ini kan pulak yg mewoh...
Quote sapeka 14-6-2013 08:18 AM
memang tak mampu untuk dimiliki...
sedeh..
Quote sepatmasin 14-6-2013 08:43 AM
eh..mampu milik la sekarang...starting price from RM250.000...studio apartment la tapinyer...
Quote mrshisham 14-6-2013 08:47 AM
mmg xmmpu...xtaula bile dpt bli umah mampu milik....huhuhuhu
Quote SepupuBen10 14-6-2013 08:48 AM
sewel ke
sapa nak dengar cakap kau
harga simen tinggi
buruh tinggi, gaji minima
pemaju kena buatkan rumah janakuasa macam2 prosedur, kena sediakan semua infra
kau bajet pemaju nak dengar cakap kau?

Quote maniack88 14-6-2013 08:52 AM
terimakasih kepada pihak yg terlibat, harap tidak terpengaruh dengan sogokan pihak pemaju
Quote piqa666 14-6-2013 08:53 AM
mampu sewa bilik je.... nak sewa umah sebuah pn tak mampuuuu....... nasib baik laa br1m adaa... boleh jugak cover duit makan setahun...
Quote piqa666 14-6-2013 08:57 AM
SepupuBen10 posted on 14-6-2013 08:48 AM
sewel ke
sapa nak dengar cakap kau
harga simen tinggi

sepupuben10 ni main terjah tak baca artikel kah??? org tu suruh government yang usahakan... bukannya suruh pemaju a.k.a private developer yang buat umah murahhh..... kan dia kata government kena amik inisiatif utk provide umah bg golongan muda berkeluarga
Quote AbukRokok 14-6-2013 08:58 AM
Harap SPNB lebih byk buat rumah di Key Hell ni
Quote undark 14-6-2013 09:00 AM
gomen la tuh yg tak kontrol harga.. mmg la rakyat di dahulukan
Quote ninja boy 14-6-2013 09:02 AM
murah atau mahal rumah tetap diekploitasi
Quote lelakinaive 14-6-2013 09:04 AM
Kalau tengah bandar baik buat rumah sewa je
buat la apartment 100 rumah ke, pastu sewakan
takyah mahal2, perancangan untuk dapat balik kos dalam masa 50 tahun

rumah2 mampu milik buat la pinggir bandar2 takpun kat bandar2 satelit yang lain
Quote gaara_X 14-6-2013 09:18 AM
sekadar memenuhi slot untuk bercakkap jerk.....ahaks!!
Quote dualchicks 14-6-2013 09:20 AM
kalau buat rumah kos rendah...bila kerajaan nak kaya...i help u but u not help me..kenot kenot...i help u if u love me
Quote lizaliza 14-6-2013 09:26 AM
sandiwara semasa...pong pang pong pang...selang 3 minggu...sonyapppp...
selang 5 tahun bunyi pulak...pong pang pong  pang...
yang bodoh piang pon mengundi la....
Quote ekod79 14-6-2013 09:31 AM
rumah tak mewah...harga je yg nampak lebih mahal
Quote chinatsu 14-6-2013 09:31 AM
rumah teres kecik pun 300k ke atas...gile ke apa?
Quote Acong 14-6-2013 09:42 AM
ingat nak lupuskan apartment yg sedia ada....... hamdalah..... untung dah RM70 ribu.....

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.126257 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top