CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Mahkamah Tolak Tuntutan RM1juta Awie

21-4-2015 03:16 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2056| Komen: 2


Mahkamah Tinggi Syariah Persekutuan menolak permohonan tuntutan RM1 juta Awie terhadap Rozana Misbun apabila gagal untuk mendapatkan permohonan untuk mengetepikan perintah interim hadhanah secara ex-parte terhadap.

Bukan sahaja gagal mendapat wang berkenaan malah keinginan Awie untuk mendapatkan semula hak jagaan sementara ketiga-tiga anak itu yang diperoleh Rozana sebelum ini turut gagal.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, selaku pemohon dalam tuntutannya mahu pihak responden iaitu Rozana menanggung kos atau membayar ganti rugi kepadanya berdasarkan dakwaan fakta-fakta tidak benar dalam tuntutan balas berhubung hak penjagaan anak-anak mereka.


Keputusan mengekalkan hak penjagaan sementara kepada Rozana dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di sini iaitu Muhammad Fathi Saleh.

Terdahulu, Rozana, 36, mendapat hak penjagaan sementara anak-anak mereka pada 27 Januari lalu sebelum Awie memfailkan interlokutori untuk mengenepikan perintah ex-parte pada 12 Februari lalu.

Anak-anak berkenaan adalah Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 23-4-2015 02:27 PM
kita mmg tak minat Awie, tapi kita minat lagu2nya......kaset pertama dulu....
Quote Naurah_rik 21-4-2015 04:13 PM
anak-anak jadi mangsa.

Lihat semua komen(2)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.025821 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top