CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Juzaili Optimis Mampu Kejutkan Kelantan

21-4-2015 12:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3208| Komen: 0

Description: Mencatat Keputusan Seri Tanpa Jaringan Ketika Aksi Suku Akhir Pertama Bermakna The Giant Killers Masih Berpeluang Melangkah Ke Peringkat Separuh Akhir Sekiranya Berjaya Melakar Kejutan Menentang Kelan ...

Juzaili Optimis Mampu Kejutkan Kelantan


Juzaili Samion selaku kapten Sime Darby gesa rakan sepasukan beri fokus kepada aksi suku akhir kedua Piala FA berdepan Kelantan di Kota Bharu pada Selasa.

Walaupun mereka kini menduduki tangga tercorot Liga Super namun Juzaili beranggapan Piala FA harus diberikan tumpuan terlebih dahulu kerana mereka kini beraksi di peringkat suku akhir.

Mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika aksi suku akhir pertama bermakna The Giant Killers masih berpeluang melangkah ke peringkat separuh akhir sekiranya berjaya melakar kejutan menentang Kelantan.

Selaku kapten, Juzaili optimis aksi baik di Piala FA sebelum ini mampu diteruskan.

"Saya harap untuk seketika ini kita kena lupakan dulu saingan liga dan tumpu kepada Piala FA.

Saya rasa ini adalah peluang terbaik untuk kita jejakan kaki ke separuh akhir dan saya rasa kami mampu lakukannya sekiranya pemain berikan yang terbaik," katanya.

Pemain berusia 33 tahun itu turut mengakui import baharu Reinaldo Elias Da Costa masih dalam proses mencapai keserasian bersama pasukan disamping mengatakan masih ada banyak yang perlu diperbaiki selepas tewas 3-1 kepada PDRM Sabtu lepas.

"Saya rasa pemain sudah berikan yang terbaik, tinggalnya ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki.

Sememangnya gol itu penting jadi pada saya perkara itulah yang harus diberikan penekanan untuk perlawanan akan datang," katanya.


sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.038423 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top