CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adik Najib sokong Tun M?

21-4-2015 09:45 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 14273| Komen: 59



  • Adik bongsu perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak memilih gambar kulit album 'You are not alone' oleh penyanyi pop mendiang Michael Jackson untuk dikongsi di laman sosial.

    Gambar tersebut menjadi perhatian apabila beliau memuatkannya dengan komen “kini muncul dalam politik Malaysia”.

    Perkara itu menimbulkan pelbagai spekulasi kerana ia muncul selepas keluhan perdana menteri Tun Dr Mahathir, yang banyak melancarkan serangan ke atas abangnya, Datuk Seri Najib.





    Mahathir pada minggu lalu mengeluh kerana berasa “sendirian” dalam usaha untuk mendapatkan penjelasan dari Najib atas isu yang dibangkitkannya.

    Keluhan Mahathir itu disambut dengan sokongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata Mahathir tidak keseorangan dalam usaha itu.

    Nazir memuatkan gambar kulit album hit Michael Jackson itu semalam di Instagram, tidak lama semalam selepas Muhyiddin menyatakan sokongan tersebut.

    Tindakan itu mencetus pelbagai tanda tanya, memandangkan sebelum ini timbul laporan bahawa hubungan Najib dan adik beradiknya terjejas.

    Adik beradik Najib malah terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menjawab dakwaan Pejabat Perdana Menteri bahawa kekayaan PM dan keluarganya adalah daripada harta warisan.




    Ini kerana, Pejabat Perdana Menteri mengaitkan harta tinggalan bapa mereka, allahyarham Tun Razak Hussein dalam jawapan kepada satu laporan The New York Timesberhubung sumber kekayaan Najib.

    Adik beradik Najib itu terpaksa menjelaskan bahawa Abdul Razak sentiasa berjimat cermat dan cakap-cakap mengenai kekayaan bapa mereka akan mencemar nama negarawan tersebut.

    Laporan The New York Times itu antara lain membandingkan koleksi beg tangan mewah dan barang kemas isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor dan gaji Najib - US$100,000 (RM370,000) setahun.

    Laporan berkenaan turut memperincikan mengenai seorang anak Rosmah dari perkahwinan terdahulu, Riza Aziz, yang muncul sebagai penerbit filem terkemuka Hollywood.

    Ini termasuk pembelian apartmen US$33.5 juta (RM117.5 juta) di New York dan sebuah rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya US$17.5 juta (RM61.5 juta) walau hanya bekerja sebagai pegawai rendah di sebuah bank sebelum ini.

    Dalam satu tulisan di blog hari ini, Mahathir turut membangkitkan mengenai kemewahan oleh Najib dan Rosmah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 20-4-2015 07:34 PM
Quote flying_cow 20-4-2015 07:48 PM
Grab your seat guys!! The show has just started!!!


Quote Innrukia 20-4-2015 07:59 PM
Aku dah muak mkn popcorn... Tukaq cucuq pisang plak la
Apakah demi rosmah, najib rela dibuang keluarga??
Quote cmf_kunyit 20-4-2015 08:07 PM
Aiseyy..skrg ni sikit2 tun M,
Rindu plak dh lama tak ratib anwart di bamboo inn..
Quote lonso 20-4-2015 08:07 PM
makin panas.... telenovela of the year... political conspiracy.... kacang putih hidangan plak kali nih
Quote BotakChinPeng 20-4-2015 08:09 PM
Lantak lah.
Quote jetrofa 20-4-2015 08:09 PM


Tadaaa!
IMG-20150410-WA0001.jpg
Quote lavameriah 20-4-2015 08:24 PM
flying_cow replied at 20-4-2015 07:48 PM
Grab your seat guys!! The show has just started!!!

wa bukan apa

wa gelak guling2

pencabul budak2 ni jugak ada muncul kat forum ni makan jagung meletop
Quote kecimpret 20-4-2015 08:36 PM
popcorn wa dah abisss..wa bedal kuaci je skg ni
Quote mamarock 20-4-2015 08:39 PM
Banyaknya sppekulasi
Quote dopey 20-4-2015 08:40 PM

ehkekekehehhh..mane dpt foto ni...jeng,jeng, i luptheshoes
Quote missDollie 20-4-2015 08:53 PM
wow..plot twist..
Quote jetrofa 20-4-2015 09:01 PM
dopey replied at 20-4-2015 08:40 PM
ehkekekehehhh..mane dpt foto ni...jeng,jeng, i luptheshoes

Adalah kawan WhatsApp hri tu dengan caption 'comel tak?'
dipersilakan download...
Quote CrowneGlory 20-4-2015 09:04 PM
Mungkin jugak u re not alone utk abg terchintahhh
Quote slavehunter 20-4-2015 09:09 PM
Poyo la kau Nazir! Tak reti mendidik bini, bini kuang ajor menjerit jerit dalam flight marah2 crew....memang keluarga Razak ni kene cursed atas bawah...:
Quote scorpionkiki 20-4-2015 09:09 PM
Innrukia replied at 20-4-2015 07:59 PM
Aku dah muak mkn popcorn... Tukaq cucuq pisang plak la
Apakah demi rosmah, najib rela dibuang kel ...

Kalau rajin bacalah artikel New York Times ni...

http://www.nytimes.com/2015/02/0 ... -new-york.html?_r=1


I tampal sikit..

For some people who have long known Mr. Najib, the lavish lifestyle that appeared to evolve with his second marriage, to Ms. Rosmah in 1987, has been a surprising — even dismaying — turn for a modest technocrat.
Last year, Mr. Najib’s younger brother, Nazir, wrote a newspaper column that tacitly jabbed at the current prime minister by praising the frugality of their father, a career government official who died in office at age 53.
When he and his brothers had asked for a swimming pool at the prime minister’s residence, Mr. Nazir wrote, “My father made it abundantly clear that while Seri Taman may be our home, the house belonged to the government and, hence, to the people. Anything spent on it would have to come from public funds, and there was no way he was going to allow the state coffers to be depleted on something as frivolous as a swimming pool. ‘What will the people think?’ he thundered.”




Quote kecimpret 20-4-2015 09:17 PM
so mmg nazir ni bengang dgn najib la yerr..slot akasia tolong tepi skit..ni drama of the year okayyy
Quote wana89 20-4-2015 09:21 PM
Edited by wana89 at 20-4-2015 09:52 PM

go,go
dulu drama pak lah xsampai macam ni..sampai adik beradik bagi sokong che det..
ni drama bijan lagi bagus..
kalo najib steady lagi memang hot la..
Quote wana89 20-4-2015 09:22 PM
kalo najib steady n xletak jawatan..
mohon porumer cari buat bodoh lepas ni dari menghencap najib...
sebab dah semua bagi sokongan pada che det..
heol cool saja..
ni kalo kita hencap ...


Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.087107 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top