Berbicara tentang meluruskan rambut ternyata banyak bahan yang boleh dimanfaatkan. Selain boleh menggunakan susu atau daun saderi, kali ini kita guna cara meluruskan rambut dengan santan kelapa dan limau nipis. Selain mudah didapati, kandungan yang terdapat didalam santan kelapa dan limau nipis ini juga boleh menjadikan rambut lebih sihat dan berkilat. Bahan-bahan yang diperlukan adalah secawan santan kepala bersama secawan perahan limau nipis. Pertama, campurkan santan dan perahan limau nipis. Letakkan didalam peti sejuk sehingga berubah menjadi krim kental. Kemudian, balutkan pada rambut hingga rata sambil memicit-micit kulit kepala. Biarkan sehingga sedikit mengering. Barulah anda luruskan menggunakan sikat. Bentukkan rambut anda menggunakan sikat dengan bentuk yang anda inginkan. Jadi, setelah rambut selesai dibentuk, bilasnya sampai bersih. Lakukannya berulang-ulang hingga anda dapat bentuk yang anda idamkan. -LadyLista -
|
ADVERTISEMENT