CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Red Giants Kekal Di Persada Liga

20-4-2015 11:52 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3403| Komen: 0



Selangor mengekalkan kedudukan tangga teratas Liga Super selepas menang selesa 4-0 ke atas wakil Singapura, Lions XII, di Stadium Shah Alam, malam ini.

Keputusan itu menyaksikan skuad Gergasi Merah berkongsi mata dengan Felda United FC (FUFC) dengan kutipan 17 mata namun berada di tangga teratas berdasarkan kelebihan jaringan.

Pada aksi di Shah Alam itu, Muhd Afiq Azmi muncul wira pasukan Selangor setelah meledak jaringan hatrik pada minit ketujuh, 11' dan minit ke-15 serta gol pemain import dari Brazil, Guilherme De Paula pada minit ke-78.

FUFC turut mengekalkan kedudukan di tangga kedua liga selepas melakar kejutan 3-1 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Skuad 'The Fighters' mendahului perlawanan hasil jaringan Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-19 sebelum Paulo Rangel menyamakan kedudukan untuk Terengganu pada minit ke-63.

Dua pemain import FUFC memastikan tiga mata berharga menerusi gol Makeche Ndumba pada minit ke-80 dan Zah Rahan Krangar, selang tiga minit kemudian.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kembali meraih kemenangan selepas membenam pasukan tercorot liga, Sime Darby FC 4-1.

Empat gol skuad 'The Cops' dijaringkan oleh Ali Ashfaq pada minit ke-36 dan 49', Mohamadou Sumareh (53') dan Mohd Fauzi Abd Majid pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Sime Darby FC meraih gol saguhati menerusi sepakan penalti Reinaldo Elias da Costa pada minit ke-76.

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) pula terus mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri musim ini selepas mengalahkan Kelantan 3-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Pemain import baharu dari Nigeria, Iwuji Augustine Amamchi meletakkan Kelantan di hadapan menerusi gol seawal minit kelapan sebelum skuad 'Harimau Selatan' bangkit meledak tiga jaringan menerusi Hariss Harun pada minit ke-17, Alhaji Kamara (21') dan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-41.

Sementara itu, Sarawak gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Negeri, Kuching.

Gol skuad 'Ngap Sayot' dijaringkan oleh pemain import dari Australia, Ryan Griffiths pada minit ke-63 sebelum Jerry Palacios menyamakan kedudukan untuk ATM pada minit ke-68.

Perlawanan antara Pahang dan Perak di Stadium Darul Makmur, Kuantan yang sepatutnya diadakan esok telah ditunda kepada 5 Mei ini memandangkan Pahang baru sahaja kembali daripada aksi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Hong Kong, Rabu lepas.


sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.040186 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top