Arab Saudi: Seorang Lagi Warga Indonesia Mati Dipancung Ibu Karni Binti Medi Tarsim menunjukkan foto anaknya yang dihukum mati di Arab Saudi pada Khamis. Foto BBC ARAB SAUDI, 17 April: Arab Saudi telah memancung seorang lagi pekerja domestik Indonesia, dua hari selepas Siti Zainab dipancung kerana membunuh, lapor BBC. Dalam kes terbaru, Karni Binti Medi Tarsim didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak dalam jagaannya, menurut Kementerian Luar Indonesia. Dalam kedua-dua kes itu, kerajaan Indonesia memanggil duta Arab Saudi di Jakarta untuk menyatakan bantahan. Dalam satu kenyataan mengenai kes Tarsim ini, Kementerian Luar Indonesia menyatakan “penyesalan dan kekecewaan” di mana wakilnya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai masa, tempat atau kaedah pelaksanaan hukuman mati itu, walaupun seorang pegawai Indonesia melawat Karni Binti Medi Tarsim sehari sebelum hukuman itu dijalankan. Menurut pegawai, Karni Binti Medi Tarsim yang berusia 37 tahun, menikam mati seorang budak lelaki berusia empat tahun di kota Yanbu pada tahun 2012. Keluarga mangsa tidak mahu hukumannya diringankan. “Kerajaan Indonesia telah melakukan yang terbaik untuk menyediakan segala perlindungan undang-undang dan telah meminta ampun kepada keluarga mangsa dengan tujuan untuk meringankan hukuman mati Tarsim,” kata Kementerian Luar. Migrant Care, sebuah badan NGO yang berkempen bagi pihak pekerja asing Indonesia, mendakwa Zainab telah bertindak sedemikian kerana mempertahankan dirinya terhadap majikan yang telah menderanya. Menurut Amnesty International, Siti Zainab telah membuat “pengakuan” semasa soal siasat polis tetapi dia tidak mempunyai perwakilan undang-undang atau akses kepada wakil konsular. Indonesia menguatkuasakan semula hukuman mati pada 2013 selepas moratorium empat tahun. Ssepanjang tahun 2014 tiada hukuman dijalankan, tetapi enam orang, termasuk lima warga asing telah dihukum mati pada bulan Januari.
|
MelahJanda posted on 17-4-2015 05:12 PM
balingla taik kat arab. berani meyh
indon indon porumer yg berlakon ckp mlayu mehla dtg s ...
ADVERTISEMENT