Samsung Melancarkan 3 Monitor Pc Melengkung Samsung Melancarkan 3 Monitor PC Melengkung Samsung melancarkan 3 model baharu monitor PC melengkung yang disasarkan kepada pasaran konsumer biasa. Ia berharga lebih rendah dari monitor 34-inci dengan resolusi 3440 x 1440 model SE790Cyang berharga USD1,199.99 yang dilancarkan pada acara CES lepas. Sebaliknya model-model terbaharu ini berukuran 23.6-, 27-, dan 31.5-inci dan hanya menampilkan panel 1080p. Model paling mahal berharga USD599 dan model 24 inci paling murah berharga USD 299. Boleh dikatakan harganya berpatutan berbanding teknologi yang ditamplikan pada monitor-monitor ini. Seperti yang disasarkan dengan TV melengkung keluarannya, Samsung menekankan kepada pengalaman imersi yang ditawarkan hasil lengkungan pada monitor-monitor tersebut. Menurut syarikat itu juga, monitor-monitor melengkung ini juga boleh membantu melegekan keletihan mata yang sering dikaitkan dengan monitor skrin rata. Mod Eye Saver baharu padanya mengurangkan pemancaran cahaya biru dari skrin tersebut, seterusnya mengurangkan keletihan mata. Hasil gabungan fungsi tersebut dan teknologi monitor tanpa kelipan, Samsung berkata produknya itu sesuai untuk tontonan video dan bermain permainan video untuk jangkamasa lama. Ia akan mula dipasarkan bulan hadapan. Namun belum dapat dipasatikan bila model ini akan memasuki pasaran Malaysia. |
ADVERTISEMENT