Bagaimana kita rasa seseorang wanita itu cantik? Adakah dari hanya melihat jari seorang wanita? Apakah kriteria cantik bagi menentukan seseorang wanita itu benar-benar cantik dan diterima oleh masyarakat seorang yang sangat cantik.Jom baca definasi yang berbeza bagi setiap negara:
1. Malaysia Definisi cantik untuk seorang wanita khususnya Melayu adalah apabila memiliki raut wajah yang mulus, manis dan cerah. Memang tidak dapat disangkal orang Asia memilih cerah sebagai cantik dan tak terkecuali di Malaysia. Pakej seseorang wanita untuk dikatakan cantik apabila terlihat sopan-santun bukan sahaja dari segi penampilan tetapi sopan dari segi kata-kata.
2.Jepun Memilih rambut sebagai aset menentukan seseorang wanita Jepun sebagai canti. Mempunyai rambut yang halus dan lurus itu secara automatiknya pada pandangan orang Jepun seorang yang sangat cantik. 3. India Cantik untuk negara Bollywood terletak pada mata yang bulat, tubuh yang seksi dan rambut yang hitam dan lebat. Oleh kerana kebanyakkan rambut wanita Bollywood sangat cantik, mereka akan mengumpulkan rambut yang telah dipotong untuk dijual dan dijadikan rambut palsu. Pakar rambut di negara Barat juga mengakui kualiti rambut orang India yang bermutu. Tak hairan lah perniagaan rambut palsu di India boleh mencapai 18 juta dollar setahun. 4. Ethiopia Memang pelik dan lain dari yang lain, bangsa Ethiopia mengagungkan bekas luka yang terdapat pada badan seseorang wanita sebagai melengkapkan maksud cantik. Sebab itu ramai wanita Ethiopia sengaja melukakan diri agar terlihat cantik. 5. Myanmar Bagi suku Kayan, mereka percaya cantik harus dipupuk sewaktu kecil lagi. Ketika umur 5 tahun lagi mereka sudah melilit leher kanak-kanak perempuan dengan gelang emas. Gelang emas tidak harus dibuka dan akan ditambah mengikut pertambahan umur seseorang. Bagi mereka, Bagi mereka, leher yang panjang dengan gelang yang bersinar adalah tanda kedudukan dan keagungan mereka. Berat gelang leher tersebut boleh mencapai 22 pounds atau sekitar 10.5kg. 6. Iran Memang lain hal bagi definasi cantik untuk wanita Iran. Mereka melihat hidung, semakin mancung hidung seseorang semakin mereka terlihat cantik. Dan sebagai rekod, Iran merupakan negara dengan jumlah pembedahan hidung yang paling banyak didunia.Selain untuk nampak cantik, hidung mancung pada mereka lambang status atau kedudukan. Biasanya wanita Iran akan memakai plaster dihidung sebagai tanda mereka telah melakukan pembedahan namun ada juga yang memakai plaster di hidung walaupun tidak menjalani pembedahan mancungkan hidung. 7.Brazil Di Brazil maksud cantik ialah pinggang yang ramping dan kurus. Wanita jika gemuk tetapi cantik sekalipun tetap akan memilih wanita yang kurus walaupun bagi kita tidak lah secantik mana. Tak hairan di Brazil, terdapat pinjaman untuk pembedahan kosmetik ini bagi golongan miskin. Jangan tak tahu ya! Golongan miskin juga tidak terkecuali nak cantik 8. Mauritania Bagi negara lain, kurus itu lambang cantik tapi bagi mereka gemuk itu cantik. Mereka sangat mengagungkan 'Big is Beautiful'. Semakin gendut seorang wanita, berlumba-lumba lelaki mahukan anda. Mereka akan memberi anak-anak perempuan minum susu unta yang memang berlemak tinggi secara berlebihan untuk pastikan kanak-kanak membesar dengan gendut. Yang lawaknya, lelaki yang kacak di Mauritania adalah mereka yang kurus. Jadi golongan lelaki harus kurus keding untuk digilai wanita di Mauritania. |
ADVERTISEMENT