Suryani Kesuntukan Masa Ratu menembak negara, Nur Suryani Mohd Taibi akui sudah kesuntukan masa menjelang temasya sukan Sea di Singapura sekaligus memaksanya bekerja lebih keras melakukan persiapan rapi. Selepas kejohanan Piala Dunia menembak di Korea Selatan, skuad menembak selepas ini akan menjalani latihan intensif selama 2 minggu di Langkawi. Bagi suryani, tidak sampai sebulan sebelum temasya Sukan Sea bermula, ia adalah baki tempoh masa yang cukup pendek. Oleh demikian, penyertaan di Korea Selatan tempoh hari membantunya mendapatkan momentum biarpun gagal menyerlah. Suryani berkata, bagi memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan terbaik, dia enggan meletakkan sebarang tekanan dengan meletakkan sasaran yang terlalu tinggi. Kurang 50 hari lagi Sukan Sea akan membuka tirainya secara rasmi di Singapura bermula 5 hinga jun nanti. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan menyeluruh atlet negara sepanjang Sukan Sea nanti di Astro Arena. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT