Myvi Menang Anugerah Kereta Nilai Terbaik
Anugerah yang dibuat pengiraan kuantitatif termasuk volum jualan dan harga jualan bagi model 2014, penggunaan minyak dan kos pemilikan bagi tempoh lima tahun atau 100,000 kilometer. Dalam satu kenyataan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, anugerah tersebut menjadi saksi kepada komitmen Perodua terhadap kualiti dan nilai produknya. Perodua telah berjaya menjual 830,000 unit Myvi sejak dilancarkan pada 2005 dan kenderaan itu terus menjadi pilihan rakyat Malaysia. |
ADVERTISEMENT