Mutakhir ini isu penolakan penyertaan di dalam program imunisasi bayi kebangsaan semakin meluas. Kebanyakan alasan penolakan adalah atas sebab keraguan atas kandungan vaksin, status halal vaksin dan juga jaminan tidak akan berlaku kesan sampingan terhadap penerima vaksin. Isu ini hangat diperkatakan dan dimainkan di media sosial seperti Facebook dan blog. Hakikatnya program imunisasi kebangsaan ini adalah bagi mengurangkan kebarangkalian jangkitan penyakit seperti measles, tuberculosis, pertussis, diphtheria dan meningitis. Dengan lebih 95 peratus bayi Malaysia diimunisasi, jumlah pesakit yang dijangkiti penyakit seperti ini telah berjaya dikurangkan. Statistik dunia juga menunjukkan bahawa kematian melibatkan bayi yang dijangkiti virus ini berkurangan di negara yang mempunyai peratusan imunisasi lebih 95 peratus. Di Malaysia, hanya tiga bayi daripada 1000 kelahiran mati akibat penyakit yang disebut di atas. (setaraf dengan UK). Imunisasi penting bagi menghalang epidemik dari berlaku. Namun akibat kebanjiran pendatang asing, dan kewujudan pula kumpulan kecil ibu bapa yang enggan mendapatkan imunisasi bakal mewujudkan kelompok-kelompok yang bakal menjadi punca epidemik bagi jangkitan penyakit-penyakit itu. Tindakan memperkecilkan kesan penyakit tetapi dalam masa terlampau memikirkan kesan sampingan vaksin adalah satu falsafah yang kurang tepat. Keseimbangan antara risiko dan manfaat harus diambil kira. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincangkan pandangan islam terhadap imunisasi campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus dan polio. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut: 1. Program imunisasi campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus dan polio adalah harus di segi syarak kerana berdasarkan kaedah "menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan " dalam perundangan Islam. 2. Vaksin-vaksin yang digunakan dalam imunisasi bagi penyakit-penyakit tersebut hendaklah diambil daripada bahan yang suci, sekiranya vaksin daripada bahan suci tidak diperoleh atau sukar diperoleh, maka penggunaan vaksin yang sedia ada adalah diharuskan. Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah al- Baqarah, ayat 195: "Dan janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan." Namun dalam kita menjelaskan kepentingan imunisasi, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia wajib mengambil langkah proaktif dalam menangani isu keengganan pengambilan vaksin. Ini bagi mengatasi penularan epidemik di kalangan masyarakat dan juga menyantuni keresahan dan kerisauan yang ditimbulkan segelintir ibu bapa. Tidak cukup sahaja surat keengganan dan atas risiko sendiri sahaja digunakan sebagai pelepasan dari tanggungjawab mendapatkan imunisasi bagi bayi. Penerangan yang jelas dan bersungguh-sungguh dari pihak kementerian harus dikemukakan apabila ini melibatkan kepentingan bersama komuniti.
|
sueism posted on 13-6-2013 12:16 PM
Tanpa vaccination macam2 penyakit boleh keen woi! Kalau nak mati x yah vaccine
gogo2 posted on 12-6-2013 06:17 PM
bukan mati sorang2. Tapi boleh menyebarkan penyakit pada orang lain yg dinamakan epidemik. Susahka ...
darkness posted on 13-6-2013 12:21 PM
biar lah..bila dah sakit mula salahkan orang lain. Sendiri mau ingatlah..saya terima saja imunisasi ...
gogo2 posted on 13-6-2013 12:23 PM
kenapa ada orang macam ini di Malaysia? Malaysia bukan sakai kan?
gogo2 posted on 13-6-2013 12:23 PM
kenapa ada orang macam ini di Malaysia? Malaysia bukan sakai kan?
sueism posted on 13-6-2013 12:16 PM
Tanpa vaccination macam2 penyakit boleh keen woi! Kalau nak mati x yah vaccine
sueism posted on 13-6-2013 12:16 PM
Tanpa vaccination macam2 penyakit boleh keen woi! Kalau nak mati x yah vaccine
siputsedut posted on 13-6-2013 03:13 PM
orang US pun ramai tolak vaksin...sakai kah mereka? they have a group of pro-informed choice gr ...
gogo2 posted on 13-6-2013 03:25 PM
mmg sakai la... adui... u ingat semua olang kat US pandai2 ka? US pon ada ummah pprt hokay...
ADVERTISEMENT