Sebut sahaja Proton Saga pasti sudah terlintas di fikiran bahawa ianya sebuah kereta basic untuk golongan pertengahan. Walaupun terdapat pelbagai edisi namun hakikatnya rekabentuk luaran kereta tersebut tetap sama. Namun, siapa sangka rekaan 3D daripada saudara Idiyaz Baharuddin memberikan impak yang luar biasa pada pandang pertama Proton Saga. Rekaan Saga R ini dikatakan sesuai dijadikan Iriz versi sedan. Lihat gambar lain dibawah Artikel asal: http://funtasticko.net/ PETALING JAYA: Beberapa keping gambar yang menunjukkan kelibat model terbaru Proton Saga FLX mula dimuat turun di laman sosial. Berdasarkan penelitian, terdapat perubahan ketara hampir 100 peratus berbanding model sedan yang dipasarkan sebelum ini. Selain bentuknya yang lebih “sporty termasuk pemasangan spoiler, penerampilan garang model Saga FLX membolehkan Proton untuk terus menguasai kereta kelas C di negara ini. Bagaimanapun gambar yang disiarkan adalah imiginasi anak muda yang dikenali Idiyaz Baharuddin, seorang pereka grafik yang berbakat besar dalam bidang 3D. Dalam laporan yang dipetik daripada portal berita Utaranews.com, Idiyaz membangkitkan persoalan kepada Proton kerana tidak menggunakan kepakaran pereka yang mampu menghasilkan model seperti yang digambarkannya.
|
ADVERTISEMENT