Chong Wei Enggan Terlalu Yakin Datuk Lee Chong Wei enggan terlalu yakin hanya dikenakan hukuman ringan, sebaliknya mengambil sikap tunggu dan lihat untuk sebarang keputusan berhubung skandal dopingnya. Susulan gagal ujian doping, Chong Wei berdepan penggantungan maksimum dua tahun sekaligus bakal menamatkan kariernya. Namun jika berjaya membuktikan sebaliknya, hanya hukuman ringan akan dikenakan. Andaian Chong Wei sekadar dikenakan hukuman ringan timbul selepas ahli panel yang dilantik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berpuas hati dengan hujah pembelaan dikemukakan peguam belanya Mike Morgan ketika sesi pendengaran di Amsterdam, Sabtu lalu. Ketika ditanya mengenai andaian itu, bekas pemain nombor satu dunia ini enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu proses siasatan. Chong Wei selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dari Amsterdam, Belanda, awal pagi Isnin. Dia ditemani Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh bersama seorang anggota majlis BAM Jadadish Chandra. Perseorangan negara itu akui tekanan yang dialami selama ini kian reda walaupun nasibnya hanya akan diketahui dalam tempoh tiga minggu. Chong Wei digantung sementara oleh BWF sejak 11 November tahun lalu selepas didapati menggunakan bahan terlarang jenis dexamethasone ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos tahun lalu. sumber:www.stadiumastro.com
|
9
Bagus |
7
Marah |
2
Terkejut |
2
Sedih |
3
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT