CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Paling Bertuah Di Dunia

14-4-2015 05:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18193| Komen: 132




China – Seorang wanita yang juga guru di sebuah sekolah menengah, Zhao dinobatkan sebagai wanita paling bertuah di China. Apa tidaknya, kerana sayangkannya, suami Zhao telah memasak makanan yang mencukupi untuk keperluan isterinya itu selama setahun.

Suaminya, Yin Yunfeng merupakan seorang anggota tentera yang bertugas di Tibet.

Memandangkan dia hanya pulang setahun sekali sahaja, maka Yin memasak makanan yang disejuk beku untuk tempoh setahun.

Isterinya hanya perlu memanaskan makanan berkenaan dalam ketuhar setiap kali dia ingin makan.

Yin terpaksa berbuat demikian kerana bimbangkan isterinya yang kerap makan mi segera, jadi dengan memasak pelbagai jenis makanan dan menyimpannya dalam kontena sejuk, maka Zhao tidak perlu lagi makan makanan segera.

Menurut Zhao, dengan tugasnya sebagai guru, dia amat sibuk dan tidak mempunyai masa untuk memasak makanan segar.

Zhao hanya makan makanan segar apabila suaminya pulang bercuti, iaitu sekali dalam setahun.

“Meskipun saya telah mempersiapkan mental saya apabila mengahwininya, namun ia bukan mudah kerana setiap kali cuti suami saya berakhir, saya akan menangis.

“Tetapi saya akan terus memberikan sokongan terhadap kerjayanya sebagai anggota tentera dan akan menjaga keluarga kami,’’ katanya.

Zhao memberitahu, suaminya juga membeli banyak makanan ringan dan akan menyimpannya di merata tempat di rumah mereka.

Setiap hari, Yin akan menghantar mesej kepada isterinya untuk mencari makanan segera itu.

Yin berharap dengan berbuat demikian, dia berharap semua makanan itu akan habis dimakan isterinya dalam masa setahun sebelum dia kembali semula ke rumah mereka.


http://mynewshub.cc/2015/04/13/s ... etahun-demi-isteri/



2

Bagus
3

Marah
6

Terkejut

Sedih
7

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idadzira 13-4-2015 04:47 PM
kalau habis sebelum ckup tempoh laki dia balik camner? pemalas punya perempuan. nak masak makan sendiri pun malas
Quote CrowneGlory 13-4-2015 04:47 PM
Pemalasnya bini.. Tp set2 dorg mmg kuat makan mee segera ya.. Selalu nmpk penuh trolley mee segera je...

yerla sethn sekali balik mmg la sweet gitu...cuba jumpa tiap2 hari bini pemalas, mau kene jirus air panas..
Quote kejoraria 13-4-2015 04:50 PM
apa punya malas isteri mcm ni.....
Quote FanTasyCreaTioN 13-4-2015 04:51 PM
patut dapat anugerah suami paling bertuah juga
sebab isteri makan apa ja yang ada yang telah d sediakan selama setahun
tak banyak meminta2


Quote vespa_oren 13-4-2015 04:52 PM
Part menanangis tu teringat member2 yang pjj, bini dah nanges2 kat airport xnak lepaskan gie
Quote rospinki 13-4-2015 04:52 PM
di China bini pemalas dinobat bini paling bertuah..tapi memang bertuah ler..rajin laki dia
Quote WawaRaRa 13-4-2015 05:02 PM
wahhhh leh tahan 1 thn eh mknan tu semua... lalu lak dia mkn... klu aku idok ler...
Quote Changa 13-4-2015 05:02 PM
pemalas punya betina,.
kerja cikgu jah pun.
konon tak sempat masak [pelbagaui
Quote lavabutang 13-4-2015 05:03 PM
rospinki replied at 13-4-2015 04:52 PM
di China bini pemalas dinobat bini paling bertuah..tapi memang bertuah ler..rajin laki dia

agak2 lu rasa bertuah tak jadi bini laki lu..??




Quote bellaa 13-4-2015 05:06 PM
bella dah zoom..

semua makanan vegetarian..


Quote rantaikendoq 13-4-2015 05:09 PM
cikgu di china punya bz sampai laki masak stock setahun

cikgu di malaysia? apa lagi alasan?
peganglah amanah kerjaya baik2...dan jgn manja sgt...
cikgu2 lama kami dulu.....tak secangeh org skang yg byk alatan boleh membantu mudahkan kerja...
Quote JeNaB_PopPop 13-4-2015 05:11 PM
malasnye ko popuan oi.....xcukup mase lah sangaaatt....ckp jela malas bagi alasan xcukup mase lak.....
Quote anisania 13-4-2015 05:14 PM
rantaikendoq replied at 13-4-2015 05:09 PM
cikgu di china punya bz sampai laki masak stock setahun

cikgu di malaysia? apa lagi alasan?

hahahahah ni mmg saja nak buat modal utk geng cikgu maki ek..
apa lagi cikgu sekalian... serangggg..

#idontteachchildren

Quote vandergooh 13-4-2015 05:14 PM
Apa perasaan suaminya apabila pulang dari cuti tentera, tiba2 isterinya membawa khabar berita gembira dia telah hamil 3 bulan... gembira tak suami dia..?
Quote DayangKirana 13-4-2015 05:14 PM
laki pulang setahun sekali jer.. dah tuh? ape yang susah sgt nk masak?
dasar pemalas.. mujur tak mintak bersuap sekali...harus ditampar sebab dah tahap dewa pemalas nye..
Quote truly 13-4-2015 05:14 PM
Sayangnya laki dia kat dia. Its the gesture.

Tapi boleh mintah hijo makan masakan precooked for a year!! hehehe.



Quote nolya 13-4-2015 05:16 PM
makanan tu tak de tarikh expired ke?  Jgn2 cara mcm tu akan ditiru pula oleh para wanita kita di M'sia.
Quote Athrun.Zalaa 13-4-2015 05:16 PM
Kalah Teman Lelaki Upahan...
Hahaha...
Quote pumpkingirl 13-4-2015 05:17 PM
Wah teliti betul suami dia susun sampai mcm tu sekali.

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.044592 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top