Model Terbaharu Qx80
Model Infiniti QX80 KUALA LUMPUR 18 Mac – Pengeluar kenderaan mewah Infiniti memperkenalkan model terbaharunya QX80, untuk pasaran Malaysia. Infiniti berkata, pengenalan model QX80 sekali gus melengkapkan rangkaian model kenderaan utiliti sukan (SUV) dari jenama tersebut. Model QX80 menyerlahkan kemampuannya dalam segmen SUV mewah dengan menampilkan gabungan inspirasi ciri reka bentuk unik dan kecekapan prestasi bertaraf tinggi. “Keupayaan QX80 terletak kepada asas kuasa yang mantap dan daya kekuatan yang diilhamkan untuk menarik perhatian pengguna jalan raya yang lain. “Reka bentuk dinamik dan keselesaan saiz ruang dalaman kabin yang elegan dan luas mampu menempatkan lapan orang penumpang dewasa lengkap dengan bagasi masing-masing dengan cukup selesa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, QX80 didatangkan dengan sistem pacuan empat roda Infiniti dengan mode Auto, 4H dan 4L. “Sistem ini direka untuk mengagihkan kuasa tork keempat-empat roda bergantung kepada ke-adaan jalan bagi membantu meningkatkan cengkaman,” ujarnya. Katanya, enjin 5.6L V8 yang digunakan mampu menjana kuasa sehingga 405hp dan tork 560Nm dan mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 6.8 saat dengan kelajuan maksimum 210 km/j. QX80 ditawarkan pada harga RM799,000 seunit tidak termasuk insurans. Sumber : http://www.utusan.com.my/gaya-hi ... thash.ijqJmFRV.dpuf |
ADVERTISEMENT