CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Ayuh Malaysia, Doakan Chong Wei - BAM

12-4-2015 04:24 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4133| Komen: 0



Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat sukan badminton mendoakan agar keputusan pendengaran kes doping jaguh negara Datuk Lee Chong Wei mencapai keputusan yang positif.

Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata dengan keputusan positif yang dicapai nanti, bekas pemain nombor satu dunia itu dapat meneruskan cabaran yang lebih besar khususnya membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik kepada negara.

"Saya harap semua rakyat Malaysia dan peminat Chong Wei supaya dapat doakan agar kes itu dapat keputusan yang positif. Dengan keputusan positif itu beliau dapat meneruskan cabaran yang lebih besar khususnya dalam usaha mendapatkan pingat emas yang masih 'elusive' lagi bukan sahaja kepada beliau tapi juga kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

"Saya yakin dan percaya bahawa beliau berada dalam keadaan yang baik dan amat bersedia dengan pendengaran kes itu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Permanis Sandilands Sdn Bhd dan Curtin University, Sarawak dengan Institut Sukan Negara (ISN).

Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata beliau yakin dengan segala bukti yang telah dikumpulkan oleh pihak peguam, keputusan positif dapat dicapai pada sesi pendengaran itu nanti.

"Saya tidak mahu bersikap subjudis kepada kes itu. Sebagai pemimpin di BAM tentu saja saya hendak melihat Chong Wei dapat meneruskan karier beliau.

"Dengan persediaan yang kami buat dan dapatkan peguam yang amat terkenal dalam kendalian kes sukan, saya yakin apa yang kami  buat dan apa yang kami usahakan untuk Chong Wei adalah yang terbaik dan kami mengharapkan keputusan yang terbaik," kata Mohamad Norza.

Chong Wei, 33, digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana gagal ujian doping dan didapati positif 'dexamethasone' pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos tahun lepas.

Naib juara Olimpik Beijing 2008 dan London 2012 itu kemudiannya digantung BWF mulai 11 Nov lalu sementara menantikan kesnya didengar di Amsterdam, Sabtu ini.

Semalam, Chong Wei bersama-sama peguam peribadi dan pengurus besar BAM Kenny Goh serta seorang anggota majlis BAM Jadadish Chandra berlepas ke London.

Di London, Chong Wei akan bertemu dengan peguam yang dilantik Kementerian Belia dan Sukan, Mike Morgan sebelum berlepas ke Amsterdam, Belanda bagi pendengaran kes berkenaan.

sumber:www.stadiumastro.com
   


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.025934 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top