Perodua Turun Harga Di Atas Pelaksanaan GST
Dengan pelaksanaan GST yang bermula 1 April yang lalu, Perodua sudah pun mengurangkan harga kereta yang dijualnya dalam lingkungan 0.1% sehingga 1.6% bergantung kepada model tertentu. Perodua juga turut mengekalkan harga barang gantiannya dengan menyerap masuk impak GST.
Presiden & CEO Perodua, Datuk Aminar Rahid berkata, “Kami sentiasa menyokong niat kerajaan dan juga jangkaan pelanggan dengan menyediakan kenderaan mampu milik dan bernilai. Kami telah menggubal semula struktur harga beberapa model dan menambah nilai dari 3% sehingga 12% sejak 2013. Tambahan pula, semua model kini didatangkan dengan jaminan 5 tahun untuk ketenangan fikiran pelanggan kami.” Salah satu produk yang muncul dari inisiatif pengurangan kos ialah Perodua S-Series yang telah mengumpul jualan sebanyak 153,000 unit dari Mac 2013 sehingga Januari 2015.
Aminar juga menambah yang Perodua menyokong pelaksanaan GST. “Walaupun GST mengurangkan kos beberapa bisnes kami, terdapat juga beberapa bisnes yang meningkat kosnya,” kata Aminar. Walau bagaimanapun, Perodua berjaya memberikan pengurangan harga ke atas model-model yang dijualnya. *Sila tekan untuk gambar lebih jelas*kredit:www.arenakereta.com |
ADVERTISEMENT