CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Digital & IT Lihat artikel

Penggunaan Android Lollipop Kini Mencecah 5.4 Peratus

10-4-2015 06:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3536| Komen: 0

Penggunaan Android Lollipop Kini Mencecah 5.4 Peratus , Kitkat Masih Popular

Lollipop ialah versi sistem operasi terkini Android yang telah wujud sejak November tahun lalu. Sungguhpun begitu kadar penggunaan versi ini masih lagi rendah. Data terkini menunjukkan peratusan pengguna Android Lollipop kini mencecah 5.4%. Peningkatan yang mendadak dari kurang dari 1% pada awal tahun ini. Sungguhpun begitu ianya masih lebih rendah berbanding Gingerbread dan Ice Cream Sandwich.


Versi Android paling banyak digunakan sekarang ialah KitKat dengan 41.4% diikuti oleh Jelly Bean dengan 40.7%. Jika dibandingkan dengan sistem operasi IOS, 78% pengguna peranti Apple kini menggunakan iOS 8. Kadar penggunaan sistem operasi terkini yang rendah di kalangan pengguna Android adalah antara benda yang paling menjengkelkan tentang Android. Sebagai contoh kemas kini Lollipop untuk Xperia Z3dijanjikan minggu lalu tetapi sehingga kini masih belum kunjung tiba. Sebaliknya kemas kini Lollipop untuk Xperia Z2 hadir terlebih dahulu untuk pengguna tempatan.
                                                                                                                                                                                                        Sumber Rujukan: Android Developer
kredit:www.amanz.my



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.022288 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top