CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

[Takraw] ISTAF tunda Piala Dunia 2015

10-4-2015 03:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4050| Komen: 0

Description: Bagi Mengekalkan Integriti Piala Dunia Istaf, Kejohanan Ini Ditunda Sebagai Tanda Hormat Kepada Piala Raja Thai, Presiden Istaf, Jeneral Charouck Arirachakaran Dari Thailand Dan Tat, Kata Setiausaha A ...
[Takraw] ISTAF tunda Piala Dunia 2015


        
Kejohanan Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) 2015 yang dijadual di Bangkok dari 6 hingga 10 Mei ini telah ditangguhkan kerana bertindih dengan Kejohanan Dunia Piala Raja Thai.

Kejohanan Piala Raja Thai, yang merupakan kejohanan berprestij dunia anjuran Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT), dijadual diadakan di Bangkok dari 4 hingga 10 Mei ini.

Bagi mengekalkan integriti Piala Dunia ISTAF, kejohanan ini ditunda sebagai tanda hormat kepada Piala Raja Thai, Presiden ISTAF, Jeneral Charouck Arirachakaran dari Thailand dan TAT, kata Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keputusan menunda Piala Dunia dibuat bersama rakan perkongsian global, Asia Sports Venterus (ASV) untuk memanfaatkan semua pasukan.

Katanya ISTAF dan ASV akan menetapkan tarikh baharu Piala Dunia.

sumber:www.stadiumastro.com

   


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.035735 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top