CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Pelancaran Vespa Sprint Baru Yang Lebih Sporty

10-4-2015 12:02 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 10148| Komen: 22

pic 2.jpg


 
9 April 2015 - NAZA Premira Sdn Bhd iaitu pengedar tunggal rasmi skuter berjenama Vespa di Malaysia telah melancarkan model terbaru skuter Vespa Sprint. Pengenalan Vespa Sprint menandakan kepulangan legenda Vespino, generasi Vespa sporty yang pernah mewarnai jalan raya di Eropah sekitar tahun 60an dan 70an dahulu. Bagaimanapun, Vespa Sprint masih merupakan sebuah skuter moden masa kini. Penampilannya yang tidak lapuk dek zaman diperelokkan lagi dengan ciri-ciri canggih seperti lampu nyala siang LED, paparan digital pelbagai fungsi dan rim aloi aluminium 12 inci yang direka semula. Cermin pandang belakang juga telah diubahsuai semula agar ianya bersesuaian dengan penampilan luaran skuter yang bergaya ini.

 
Vespa Sprint terbaru ini ditawarkan pada harga RM13,888.00 (tidak termasuk GST 6%) dengan jaminan pengeluar selama 2 tahun atau 20,000km. Ia dilengkapi dengan enjin 154,8cc empat lejang dan tiga injap, termasuk ciri ‘single overhead cam’ serta sistem suntikan bahan api eletronik. Kuasa yang dihasilkan ialah sebanyak 11.7hp dengan tork 12Nm, di mana enjin tersebut dipadankan transmisi automatik daripada jenis CVT. Ianya boleh didapati dalam pilihan enam warna yang menarik seperti ‘Montebianco’ (putih), ‘Rosso Dragon’ (merah), ‘Grigio Titanio’ (kelabu), ‘Blu Midnight’ (biru gelap), kuning dan oren.

pic 1.jpg

Sempena pelancaran Vespa Sprint, NAZA Premira Sdn Bhd juga telah melancarkan “Khidmat Bantuan Vespa” membuatkan Vespa adalah jenama motosikal pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan tersebut untuk memberi bantuan kepada pelanggan. Bantuan Vespa menawarkan perkhidmatan 24/7 bantuan kerosakan, perkhidmatan tunda percuma (bergantung kepada zon) , insuran AAM Motor dan pemeriksaan kenderaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Vespa Malaysia, sila layari http://www.vespa.com.my dan http://www.facebook.com/myvespa. Manakala bagi maklumat lanjut mengenai NAZA, layari laman web http://www.nazaworld.com.my atau http://www.facebook.com/nazaworld. Ikuti @Vespamsia dan @Naza_World untuk mendapatkan maklumat terkini dan tawaran menarik dari Vespa dan NAZA World.



Vespa Sprint_001.jpg
Vespa Sprint_009.jpg





2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote razzmat 10-4-2015 11:42 AM
moto banggang macam ni pu rm 10k gilo ko apo
Quote airfilterkotor 10-4-2015 11:49 AM
Motor bau bau Conti... mestilah mahal.
Soo sweetttt.
Sooo conti.
Soo siumple sleek n modern.

Quote zorrro_03 10-4-2015 11:53 AM
Aku tak faham kenapa org hadap benda tak selamat dan slow spt ni dgn harga yg agak mahal.
Quote otomen_taro 10-4-2015 11:57 AM
enjin manja same cam skuter2 lain.. so xder makna nya nk melenjan kt Highway
Quote CMFreporter 10-4-2015 11:58 AM

[CariVideo]n201504qCUtQERxg1w[/CariVideo]
Quote taji2906 10-4-2015 11:58 AM
selisih dgn lori, melayang motor ni... dgn tayar kecik mcm basikal budak jek
Quote nikaido 10-4-2015 12:00 PM
sapa2 bajet hipster bolehla pakai motor overprice ni
Quote sekngucing 10-4-2015 12:07 PM
zorrro_03 replied at 10-4-2015 11:53 AM
Aku tak faham kenapa org hadap benda tak selamat dan slow spt ni dgn harga yg agak mahal.

mcm kontraict ayat kau tu
tak selamat dan slow?
kalau laju mana selamat
kalau slow la selamat

Quote ctaz 10-4-2015 12:10 PM
13k.....
amak aiiii.....
Quote airfilterkotor 10-4-2015 12:41 PM
RM13K.... baik angkat FZ150i model baru.
Extra RM3K boleh beli acc. tambahan.
Quote zorrro_03 10-4-2015 02:13 PM
sekngucing replied at 10-4-2015 12:07 PM
mcm kontraict ayat kau tu
tak selamat dan slow?
kalau laju mana selamat

Maksud aku slow mo. Sebab tu aku kata tidak berbaloi.  Kalau tambah dalam 10k lagi boleh angkat kawasaki ninja. Takpun cbr 250 yg polis guna as a rider patrol terbaru.   Lebih laju dan sporti.
Quote dewi 10-4-2015 02:17 PM
13,888 tidak termasuk6 % gst ...

pengsan  

Quote TuntungReturn 10-4-2015 02:21 PM
klo vespa standard xde cooler.. baik angkat ego s. ade cooler. 125cc ..jalan jauh pun sedap.
Quote Donatello86 10-4-2015 02:22 PM
mahalnye....
Quote TuntungReturn 10-4-2015 02:23 PM
airfilterkotor replied at 10-4-2015 11:49 AM
Motor bau bau Conti... mestilah mahal.
Soo sweetttt.
Sooo conti.

ang nk suh peyno dtg sini ke
Quote dinamokiev 10-4-2015 02:24 PM
150cc beb... LC pun 135 je
Quote dinamokiev 10-4-2015 02:25 PM
razzmat replied at 10-4-2015 11:42 AM
moto banggang macam ni pu rm 10k gilo ko apo

memang mahal, tapi ko xtau die ada ABS. Kancil pun xpki ABS
Quote airfilterkotor 10-4-2015 02:54 PM
TuntungReturn replied at 10-4-2015 02:23 PM
ang nk suh peyno dtg sini ke

Sekali sekala kita layan motor lak, asyik keta jer... bosan.

Sooo conti siumple sleek n modern tuuu.
Quote Changa 10-4-2015 03:07 PM
motor ini bukan untuk hadek2 felda pprt kan?
biasa hadek2 urban hipster jah beli moto vespa ini.

moto2 normal tu taraf mat rrempit flat pprt dan felda jah buat pergi meragut.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.094563 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top