CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

"Sabtu ini detik penting buat saya" - Chong Wei

8-4-2015 12:12 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3579| Komen: 0

Description: Penentuan karier jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dijangka terjawab Sabtu ini. Beliau bakal berhadapan panel pendengaran di Belanda berhubung dakwaan mengambil bahan terlarang 'dexame ...


Penentuan karier jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dijangka terjawab Sabtu ini.


Beliau bakal berhadapan panel pendengaran di Belanda berhubung dakwaan mengambil bahan terlarang 'dexamethasone'.

Beliau pagi tadi berlepas ke London untuk bertemu peguamnya Mike Morgan sebelum ke Amsterdam.

Turut serta Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh serta Anggota Majlis BAM Jadadish Chandra.

Isterinya Datin Wong Mew Choo serta anak mereka Kingston Lee turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar pemergiannya. 

Memberitahu pemberita sebelum berlepas, Chong Wei optimis panel tersebut akan melihat secara holistik kes berkenaan.

"Ini adalah detik penting untuk saya. Saya harap semua pihak akan terus memberi sokongan kepada saya. Saya harap perkara ini akan selesai secepat mungkin.

"Saya berterima kasih kepada penyokong saya. Mungkin keputusan akan diketahui Sabtu ini atau seminggu selepas perbicaraan. Saya akan kemaskini  keputusan tersebut dalam Facebook nanti," katanya.[

Ketiadaan beliau pada Terbuka Malaysia minggu lepas ternyata membawa kesuraman kepada kejohanan berprestij itu.

Chong Wei kini digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) setelah gagal ujian doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen pada Ogos tahun lalu.

sumber: www.stadiumastro.com

8

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.038204 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top