CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Nilai Tender Nombor Plet “RM” Mencecah RM7 Juta

8-4-2015 11:36 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4364| Komen: 4



Menurut laporan dari Bernama, nilai tender yang ditawarkan oleh 1,507 pembida dari seluruh negara untuk mendapatkan nombor plet kenderaan bermula dengan huruf “RM” mencecah RM7 juta, nilai bidaan tertinggi pernah diterima oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis setakat ini.

JPJ Perlis membuka tawaran pembidaan bagi plet nombor kenderaan itu pada 23 Februari lepas dan ditutup 10 Mac lalu untuk membolehkan permohonan diproses bermula 11 Mac dan berakhir semalam.

Pengarah JPJ Negeri, Zulhasmi Mohamad, dalam kenyataannya, bagi nombor plet menggunakan huruf RL yang ditawarkan sebelum ini telah mengumpul nilai tawaran tender sebanyak RM1.7 juta sahaja oleh para pembida yang berjaya.

Menurutnya lagi, sebanyak 6,272 pembida terdiri daripada orang perseorangan dan syarikat dari dalam dan luar Perlis telah membida bagi mendapatkan plet nombor kenderaan berhuruf RM itu dan membayar 50 peratus daripada nilai tender yang ditawarkan.

Bagi mereka yang berjaya dalam tawaran tender dikehendaki melunaskan bayaran nilai tender masing-masing yang masih berbaki 50 peratus dalam tempoh sebulan dan mereka kemudian diberi tempoh enam bulan lagi untuk mendaftar nombor plet yang telah dimenangi di JPJ negeri.

“Jika nombor-nombor plet berkenaan tidak didaftarkan dalam tempoh tersebut, pendaftaran akan dibuka kepada orang lain dan pembida yang menang tidak berhak membuat sebarang tuntutan selepas itu,” kata beliau.

Zulhasmi berkata, baki tawaran nombor plet menggunakan huruf RM sebanyak 8,491 lagi akan mula dibuka kepada orang ramai sebaik sahaja pengeluaran nombor plet menggunakan huruf RL yang masih berbaki sebanyak 648 nombor plet habis dikeluarkan kepada para pemohon dijangka penghujung bulan ini atau awal Mei depan.

Mengenai plet menggunakan huruf RM yang ditawarkan, beliau berkata bagi plet kenderaan RM 1 menjadi hak milik Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di bawah kuota yang ada pada baginda.

Bagi nombor plet RM 7 pula menjadi milik anggota pentadbiran kerajaan negeri di bawah kuota yang diberi kepada Menteri Besar. Nombor plet paling tinggi ditawarkan oleh pembida ialah untuk RM 8 dengan nilai tender sebanyak RM297,000 oleh sebuah syarikat luar Perlis sementara tender paling rendah yang memenangi bida berkenaan bernilai sebanyak RM300 oleh beberapa pembida perseorangan dan syarikat mengikut nombor pilihan masing-masing.

kredit:www.arenakereta.com




2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mishsyira 9-4-2015 12:15 AM
Perghhh no plate sape la tu
Quote Nadim 9-4-2015 11:03 AM
Perghhh...tak gamak aku nak perabih duit semata-mata untuk dapatkan plet yang special macam ni....
Quote mattzzx 9-4-2015 06:18 PM
Tender nombor plet yang tertinggi sekali di Perlis....
Quote lovekakashi 30-4-2015 05:26 PM
akak pink x nak beli ke plate RM 55 = RM $$

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.046898 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top