Warga Nigeria yang berjaya dicekup Imigresen Selangor, awal pagi semalam. Warga Nigeria yang cuba lari berjaya diberkas selepas bergelut dengan anggota Imigresen. PUCHONG – Helah beberapa warga Nigeria yang cuba menipu dengan menunjukkan dokumen perjalanan diri orang lain ketika diperiksa pihak berkuasa membawa padah, apabila mereka dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor, awal pagi semalam. Dalam operasi di tiga lokasi berasingan, 79 warga asing dari pelbagai negara diperiksa di kawasan sekitar Bandar Puteri, Vista Millenium Puchong Perdana dan Mentari Court, Petaling Jaya. Ketika serbuan dilakukan, warga asing terbabit bertindak melarikan diri dan sanggup bergelut dengan anggota penguat kuasa bagi meloloskan diri. Namun tindakan pantas anggota selain mendapat bantuan orang awam, kesemua pendatang haram terbabit berjaya dicekup. Ketua Operasi Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, di lokasi pertama Bandar Puteri, tiga lelaki warga Nigeria ditahan kerana pelbagai kesalahan. Katanya, serbuan di lokasi kedua di Vista Millenium, tujuh lelaki warga Nigeria, dan dua wanita masing-masing warga Uganda dan Nigeria berjaya ditahan. Menurutnya lagi, di Mentari Court lima lelaki warga Nigeria dan dua lelaki warga Pakistan berjaya ditahan 13 anggotanya. Beliau berkata, mereka didapati tinggal di negara ini melebihi tempoh, tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah dan melanggar syarat. Lebih dikesalkan, ada warga asing terbabit katanya menunjukkan pasport milik orang lain namun cubaan penipuan itu berjaya dihidu anggota yang membuat pemeriksaan. “Anggota terpaksa bergelut dengan warga Nigeria yang cuba melarikan diri daripada dicekup. Orang awam yang marah dengan kehadiran pendatang asing tanpa izin ini turut datang memberi pertolongan,” katanya. Jelasnya, semua yang ditahan berdepan pelbagai tindakan berbeza mengikut kesalahan masing-masing di bawah Akta Imigresen. 1963.
|
skymania posted on 14-6-2013 08:02 PM
dpt menteri pon sakai..
tp ada abg opis aku neh kata..bini die rela... masa hishamudin.. sem ...
ADVERTISEMENT