Ladylista - Malam tadi berlangsungnya Anugerah Bintang Populor Berita Harian (ABPBH 2014), disiarkan secara langsung di TV3. Sebaik saja nama Johan diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Paling Populor, Johan terus berdiri dan mencium bibir isterinya, Ozlyn sekaligus menjadi bualan di media sosial. Ada yang beranggapan ciuman itu satu perkara normal buat pasangan suami isteri bagaimanapun tidak kurang yang memberi kritikan dengan menyatakan tidak sesuai berkelakuan seperti itu lebih-lebih lagi majlis itu disaksikan oleh berjuta rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur. Ada juga komen menyatakan lebih baik cium isteri sendiri dari peluk cium bukan muhrim di dalam drama. Bermacam-macam komen diterima hanya kerana sekeping gambar yang tersebar di media sosial. Apapun, mungkin ia aksi spontan Johan kerana terlalu “teruja” dengan anugerah yang diterima. Tapi Ladylista pun pening, jap nak "offtopic".. Apa beza cium pipi, dahi dengan mulut? Bukannya mereka bercium atau cemolot seperti dalam filem-filem barat, hanya cium bibir saja kan. Korang rasa?
|
ADVERTISEMENT