Dah cantik, tapi rambut pula asyik gugur? Rambut tak gugur tapi muka pula tak cantik? Usah gusar, tak perlulah perabih duit beratus-ratus kalau kita boleh cuba cara tradisional kan? Mudah dan senang je, bahan-bahan pun rasanya senang sangat nak dapat. Disini Ladylista kongsikan satu pakej, cara nak cantik berserta atasi masalah rambut gugur.
Petua Cantikkan Wajah Agar Kulit Lembut, Licin Dan Gebu: Cara 1: Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali. Cara 2: Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung.Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
Cara 3: Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
Cara 4: Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga halus. Perah airnya. Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit madu. Sapu pada kulit muka dan, biarselama 30 minit. Kemudian cuci bersih. Anda akan dapati kulit muka akan menjadi segar dan halus.
Petua Atasi Rambut Gugur:
Kisar biji Halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas itu biarkan selama 1/2 jam.Seterusnya bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pasti rambut menjadi bersinar serta tiada masalah keguguran. Antara khasiat Biji Halba :
Selamat mencuba. Dimana ada usaha, disitu pasti ada jalan. Usaha tangga kejayaan ya tak - Ladylista
|
ADVERTISEMENT