Bila sebut je ayam percik mesti ingat masa bulan puasa kan sebab banyak dijual di bazar-bazar Ramadan. Tapi tak kan nak tunggu bulan puasa baru nak merasakan. Apa kata buat sendiri, tak susah pun. Resepi ni Ladylista bagi nama "Resepi Ayam Percik Sedap Sengoti" sebab ni ayam percik stail masakan Kelantan. Sedap sengoti tu bermaksud sedap sangat. Jom cuba cara buat ayam percik paling cepat, senang dan memang sedap sengoti
Bahan bahan: 1 ekor ayam - potong 4
Bahan Perap: 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia Garam secukupnya
Bahan Kuah: 2 pek santan pekat 10 ulas bawang merah 1 inci halia 1 batang serai 3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas Garam secukupnya Gula - kena ada rasa manis 1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam
Cara cara: Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.
Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat..
Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.
Bolehlah diangkat untuk dihidangkan. -
Nota: Boleh juga terus bakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus. Jika suka, boleh juga ayam direbus dengan separuh dari bahan kuah.
|
ADVERTISEMENT