peragut barua berjaya diberkas. KUALA LUMPUR - Dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes ragut di sekitar Lembah Klang, berjaya diberkas di Setapak, awal pagi semalam. Ketika kejadian pada jam 4.30 pagi itu, sepasukan anggota polis yang membuat rondaan di sekitar kawasan Setapak mendapati empat lelaki yang menaiki dua motosikal jenis Yahama 125Z dalam keadaan mencurigakan. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abdul Aziz Zakaria berkata, suspek berkenaan melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota polis. “Ketika polis mengejar mereka, tiba-tiba dua suspek itu terjatuh apabila motosikal dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas. Pembonceng motosikal itu didapati membuang sebuah telefon bimbit jenis Samsung Galaxy S3 ke dalam semak kira-kira 100 meter dari tempat mereka terbabas,” katanya. Menurutnya, hasil siasatan mendapati motosikal dinaiki suspek berusia dalam lingkungan 19 dan 20 tahun itu turut dilaporkan dicuri. “Kedua-dua yang ditahan itu turut mempunyai rekod lampau berhubung kes curi motosikal, pecah rumah dan dadah,” katanya. Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati kedua suspek dipercayai terlibat dalam beberapa siri kes ragut di Wangsa Maju, Setapak, Gombak dan ibu kota. “Telefon bimbit yang diragut itu dijual di sebuah kedai telefon bimbit di Setapak, manakala beg mangsa ragut pula dibuang ke sungai. “Dua lagi rakan suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal Yamaha 125Z berwarna biru,” katanya.
|
boyagombak posted on 13-6-2013 12:54 PM
wah yang baju hitam tu macam tau2 je nak kena tangkap
YOU CAN RUN BUT YOU CANT HIDE
Itu kesuweaya ...
linnytuckming2 posted on 13-6-2013 12:58 PM
“Kedua-dua yang ditahan itu turut mempunyai rekod lampau berhubung kes curi motosikal, pecah rumah ...
boyagombak posted on 13-6-2013 12:54 PM
wah yang baju hitam tu macam tau2 je nak kena tangkap
YOU CAN RUN BUT YOU CANT HIDE
Itu kesuweaya ...
gede-bab posted on 13-6-2013 01:10 PM
terang mata boya..aku nak baca apa tulis kat baju tu pun berpinar2....
ADVERTISEMENT