18 Projek Telah Diumumkan Di Jomlaunch Pada hari ini, acara Jomlaunch telah diadakan oleh komuniti Jomweb, dan telah menampilkan pelbagai syarikat dan individu melancarkan aplikasi mereka serta berkongsi mengenainya dengan komuniti. Sebanyak 18 projek telah dilancarkan dan beberapa antaranya telah menarik perhatian kami.
Startup pertama yang mempamerkan aplikasi mereka di Jomlaunch adalah Posto Express. Mereka telah hadir dengan aplikasi untuk memudahkan pengguna mencari posmen berhampiran. Menggunakan model seakan-akan Uber, pengguna umum boleh mendaftar sebagai posmen, dan melaksanakan penghantaran mengikut permintaan pengguna. Pengguna pula apabila melancarkan aplikasi, boleh memohon untuk pengambilan dan penghantaran dilakukan. Pembayaran pula dilakukan melalui aplikasi. Menariknya mereka turut menawarkan upah minimum RM10 bagi posmen untuk setiap pengeposan. Aplikasi ini sedang melalui proses akhir untuk dilengkapkan namun bagi anda yang berminat untuk menjadi posmen melalui sistem ini boleh mendaftar di laman web mereka.
PekanBanting.com Projek keempat yang dikongsikan adalah laman perkongsian yang khusus untuk pekan Banting di Selangor. Halaman ini dicipta untuk menggalakkan perkongsian maklumat, dan membolehkan pengguna bersembang dan juga mengetahui lokasi-lokasi disekitar Banting. Pemilik perniagaan disekitar Banting juga boleh mengiklan di halaman ini. Layari: pekanbanting.comCastMyCode.com Seringkali perkara dalam mengajar programming adalah untuk menunjukkan kod-kod pengaturcaraan dengan mudah dan dengan jelas. Peserta kelima iaitu Zulfa telah hadir dengan projek untuk membolehkan penstriman pengaturcaraan dilakukan. Menggunakannya, pelajar boleh melihat apa yang diprogramkan oleh cikgu atau jurulatih pengaturcaraan tersebut. Buat masa ini sesi yang disediakan akan lupus selepas seminggu. Layari: CastMyCode.comMudahurus.my Pada masa sekarang, arena penjualan atas talian semakin rancak namun salah satu masalah yang dihadapi oleh peniaga adalah dalam menguruskan penjualan. Kebanyakan peniaga yang tidak biasa dengan sistem perniagaan atas talian akan menghendaki pembeli untuk bermesej/SMS/WhatsApp/Instagram untuk melakukan pembelian. Proses sebegini agak renyah. Dengan Mudahurus.my, pembangunnya menyediakan sistem pengurusan dimana peniaga boleh mendaftar dan mewujudkan borang tempahan dengan mudah. Kesemua pembelian akan direkodkan dan terdapat kemudahan kod penjejak (Trackback) untuk pengeposan Pos Malaysia. Buat masa ini projek ini masih ditahap percubaan namun bagi peniaga yang ingin mendaftar minat boleh melawati halaman mereka. Layari: Mudahurus.mySewapandu Pembangun ini menghadapi masalah semasa berbulan madu apabila beliau ingin menyewa kereta, tetapi perlu membuka sejumlah halaman untuk membandingkan kereta sewa yang diinginkan. Projek Sewapandu boleh dikatakan penyewaan kereta berasaskan AirBNB, membolehkan pemilik kenderaan menyewakan kenderaan mereka kepada pengguna lain. Menariknya selain dari melihat maklumat berkenaan kereta, pengguna juga boleh melihat rekod selenggara kereta sewa tersebut, sekaligus menjamin keselamatannya. Projek ini masih di peringkat Beta dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Layari: Sewapandu.comSenarai penuh projek yang telah dipersembahkan hari ini adalah: Posto express, Pong flashback, Maideasy, Pekanbanting, Castmycode, Engine Scheduler, Alambiz, Mudahurus.my, Sewa Pandu, Nexmo Dashboard, Go Tickets, Unimall.my, DNS Vault, Myofis, Simpankira, Wikimesjid, Trainer.my, Baby.my Bagi anda yang mempunyai minat didalam dunia pengaturcaraan dan laman web, boleh menyertai komuniti Jomweb di halaman Facebook mereka. kredit:www.amanz.my |
ADVERTISEMENT