CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

[Skuasy] Minat Mendalam Kunci Kejayaan - Nicol

6-4-2015 10:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2579| Komen: 0

Description: "Skuasy Adalah Amat Menyeronokkan, Mereka Boleh Berseronok Bersama Rakan-Rakan Dan Menikmatinya. Jangan Memberikan Tekanan Untuk Menjadi Seperti Saya Atau Wee Wern (Low Wee Wern)," Beliau Memberit ...
[Skuasy] Minat Mendalam Kunci Kejayaan - Nicol



Datuk Nicol Ann David berharap pemain junior kebangsaan mampu mempamerkan minat yang mendalam di dalam sukan skuasy hingga ke peringkat lebih tinggi.   
Pemain skuasy nombor satu dunia, Nicol berkata program pembangunan skuasy juga perlu diperhalusi dengan memberikan bimbingan yang betul untuk bakat-bakat muda.

"Kita mempunyai banyak pemain junior ... kita perlu memberikan mereka galakan untuk membolehkan merasa seronok dan gembira bermain skuasy.  

Kita mempunyai satu program pembangunan junior. Banyak pemain junior yang datang menyertai antara 500 ke 700 kanak-kanak.  Kesemua mereka mahu bermain dengan baik tetapi saya boleh melihat ada antara mereka yang terlalu mahukannya dan ada yang tidak berapa pasti hala tuju mereka.

"Skuasy adalah amat menyeronokkan, mereka boleh berseronok bersama rakan-rakan dan menikmatinya. Jangan memberikan tekanan untuk menjadi seperti saya atau Wee Wern (Low Wee Wern)," beliau memberitahu pemberita pada satu majlis menghargai pencapaian Nicol sebagai pemain nombor satu semasa dunia paling lama oleh CIMB, penaja kejuaraan.

Nicol juga melahirkan perasaan terhutang budi kepada jurulatihnya Liz Irving yang membantu beliau selama 12 tahun di dalam skuasy untuk muncul sebagai pemain yang menyerlah dan berdaya saing dalam menjadi pemain nombor satu dunia untuk 106 bulan.

"Sebagai jurulatih pemain skuasy, beliau memahami apa yang saya perlukan. Beliau memberikan segala masihat dan kepakaran.  Beliau mencari dan memilih  mereka yang tepat untuk bekerja dengan saya sebagai satu pasukan. Saya fikir beliau juga tidak terlalu mengongkong anak didiknya, " katanya.

kredit:www.amanz.my
   




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.175287 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top