Mozilla Melancarkan Firefox 37 – Sokongan Media Dan Sekuriti Lebih Baik
Mozilla telah mengguna-pakai latar masa kemaskini pelayar web setiap enam minggu, dan terkini, mereka telah pun mengeluarkan versi baru untuk pelayar web mereka pada desktop dan Android dengan pengenalan Firefox 37. Seperti kebiasaan, Firefox 37 membawakan beberapa kemaskini kecil pada pelayar web berkenaan, dan pada masa yang sama melengkapkan pelayar web berkenaan dengan sokongan sekuriti yang lebih baik. Melalui Firefox 37 untuk desktop, kini Mozilla menyertakan lebih banyak sokongan untuk pemain media HTML5 – terutamanya yang digunakan oleh YouTube. Disamping itu, Firefox 37 turut menyertakan sistem maklumbalas baru dinamakan Heartbeat untuk memudahkan pengguna menghantar maklumbalas berkenaan pelayar web berkenaan dengan mudah dan pantas. Beberapa fungsi lain turut disertakan, termasuk sokongan baru untuk para pembangun web. Bagi anda yang menggunakan Mozilla Firefox, anda akan menerima kemaskini ini secara automatik, ataupun turut sama boleh memuat-turun dan memasangnya secara manual pada komputer atau telefon Android anda. kredit:www.amanz.my
|
ADVERTISEMENT