CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Sarimah Ibrahim Bertemu Jodoh Dengan Kerabat Diraja Negeri Sembilan

3-4-2015 03:14 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5005| Komen: 1



Ladylista - Pada 2 April 2015 bertempat di Hotel Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur telah berlangsung satu upacara gilang-gemilang dan sangat bersejarah buat pelakon, penyanyi dan pengacara jelita yang tidak asing lagi iaitu Sarimah Ibrahim, 37, bersama pilihan hatinya Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42.


Dengan sekali lafaz Sarimah sah bergelar isteri kepada Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra dipanggil Tunku Jamie yang juga merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan, cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10.


Sarimah menerima mas kahwin sebanyak RM6,000 dan tujuh dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki. Perkahwinan ini bukanlah perkahwinan pertama mereka kerana Tunku Jamie berstatus duda dan Sarimah juga pernah berkahwin pada 2006 namun jodoh tidak panjang dan bercerai pada 2008.


Sama-sama kita doakan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan anak anak yang comel seperti mereka. Sama cantik sama padan.


Jom kita lihat foto-foto hari bahagia mereka





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 6-4-2015 01:59 PM
cantik...n hensem....

semoga kekal ke akhir hayat

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.037261 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top