Lampu Brek Ke 3 Tak Berfungsi, Pengantin Ditahan Kejadian berlaku jam 11 pagi ketika lelaki berusia 20 tahun itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Segamat, Johor, untuk majlis persandingannya sebelum ditahan dalam sekatan jalan untuk pemeriksaan. Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, pemeriksaan terhadap Produa Myvi dipandu lelaki itu mendapati lampu brek ketiga tidak berfungsi. “Polis mengeluarkan saman terhadap lelaki itu kerana mengabaikan keselamatan dengan membiarkan lampu brek ketiga tidak berfungsi kerana boleh menyebabkan pengguna lain keliru. “Walaupun kesalahan itu nampak remeh, tetapi turut menyumbang kepada kemalangan apabila pengguna lain tidak menyedari kenderaan berkenaan berhenti tiba-tiba,” katanya ketika dihubungi, semalam. PENGANTIN lelaki yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah, kelmarin.
|
PerKasa replied at 3-4-2015 07:18 AM
Melayu beranilah polis tu saman
keselamatan konon
ADVERTISEMENT