CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baju Tak Sesuai, Uni Tak Beri Ibu Masuk Upacara Konvokesyen

3-4-2015 10:32 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 52501| Komen: 315

Description: Akibat tak patuhi etika pakaian, ibu dari Sarawak dihalang saksikan konvokesyen anakPetikan gambar dan catatan di laman Facebook Marjorie Abdullah. KUALA LUMPUR, 2 April: Gara-gara melangga ...
Akibat tak patuhi etika pakaian, ibu dari Sarawak dihalang saksikan konvokesyen anak

Petikan gambar dan catatan di laman Facebook Marjorie Abdullah.

                 
KUALA LUMPUR, 2 April: Gara-gara melanggar etika berpakaian, seorang wanita yang menaiki pesawat dari Sarawak kecewa, apabila dia tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan, bagi menyaksikan anak perempuannya menerima segulung ijazah pada majlis konvokesyen sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Shah Alam.

Semalam, wanita itu yang menggunakan nama akaun Facebook Marjorie Abdullah, berkongsi pengalaman yang dilaluinya itu di laman sosial, dengan memuat naik dua keping gambar ketika menghadiri majlis konvokesyen anak perempuannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke Facebooknya.


“Ini adalah pakaian yang menyebabkan saya dihalau keluar dari konvokesyen anak saya,” demikian keterangan yang mengiringi gambar menunjukkan dia memakai seluar.

Kod etika berpakaian bagi majlis konvokesyen UiTM menetapkan, pelajar perempuan serta ibu atau waris wanita yang hadir pada majlis tersebut, hanya dibenarkan berbaju kurung atau blaus, manakala seluar tidak dibenarkan.

Menurut wanita itu, dia tidak mengetahui etika pakaian yang ditetapkan UiTM, kerana dia tinggal di Sarawak, selain tidak melihat kad jemputan yang memaklumkan perkara itu.

“Saya tidak sepatutnya memakai seluar untuk menghadiri konvokesyen itu, tetapi saya berada di Sarawak dan mereka tidak menerima alasan itu,” katanya mengakui kesilapan dalam ayat yang turut meraih simpati pengguna laman sosial.

Dia turut mendakwa, akibat berang dengan tindakan pihak universiti yang enggan berlembut atau memberi pengecualian kepada dia, anak perempuannya bersama tunangnya turut tidak menyertai majlis konvokesyen masing-masing.

Catatan wanita itu meraih simpati segelintir rakan Facebooknya yang turut mempertikaikan ketegasan pihak universiti menguatkuasakan etika berpakaian untuk menghadiri konvokesyen melalui komen masing-masing.

Rina Tung Vose menyifatkan, kejadian yang menimpa ibu dari Sarawak itu amat teruk dan pastinya dia juga akan marah, jika perkara sedemikian menimpa dirinya.

Amani Gamaledin pula berkata, wanita berkenaan kelihatan cantik, walaupun memakai seluar dan kesal dia diperlakukan oleh tindakan yang ketinggalan zaman.

Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar memberitahu The Rakyat Post, etika berpakaian ketika menghadiri konvokesyen bukanlah peraturan baru.

Ia sudah lama diamalkan, selain dinyatakan dalam kad jemputan yang diedarkan pihaknya.

“Etika ini perlu diikuti, kerana ianya melibatkan disiplin dan sekiranya tidak ditetapkan etika ini, pelbagai ragam pakaian yang akan dikenakan,” katanya.

Menurut Sahol, walaupun isu itu remeh, namun ia membabitkan disiplin pelajar serta mereka yang menghadiri konvokesyen.

“Mereka ini pelajar dan bijak untuk berfikir dan kami selalu nasihatkan mereka mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.


TRP
4

Bagus
5

Marah
13

Terkejut
3

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PerKasa 3-4-2015 07:01 AM
pakaian cam nak pergi pasar

dah mcm orang cina dan keling

pakai seluar pendik je  gi wedding.

anak pun satu tak beritahu mak dik ko ke
Quote fezy 3-4-2015 07:03 AM
all i could say to rina tung, wowwww u must be kidding. 1st rule to attending any form of formal function is, check the dress code. i'd blame the makcik and her daughter.
Quote PerKasa 3-4-2015 07:03 AM
Rina Tung Vose tu siapa

yg lepas berak tak basuk ke

sama lah tu
Quote hack3line 3-4-2015 07:12 AM
salah anaknya tak beritahu emaknya baik-baik.. dah lama belajar di UiTM tak kan la dia sekali pun tak pernah tengok pak guard sesuka hati pergi potong rambut panjang budak lelaki di tengah-tengah ramai sebelum masuk dewan periksa.. kesian pada emaknya, acara formal memang macam ni bukan di UiTM je, mana-mana IPTA pun sama, kawan baik aku pernah kena halau dari dewan utama USM sebab tak ikut dress code, kod pakaian diaorang.
Quote bazinga 3-4-2015 07:15 AM
Hmm, masalah kecik jek.. Kalu anak nya dah kabar betul2 kat mak dia.. Takkan jd benda ni..kenapala nak feeling jd victim sgt..kan ada dress code, bukan susah pun nak ikut
Quote mrseller 3-4-2015 07:19 AM
Padan muka tk ikut dresscode.
Quote hanakikan 3-4-2015 07:21 AM
Kat uni denmark lg best. Xde jubah2 pun time konvo
Quote esyuefeei 3-4-2015 07:26 AM
Ada student lelaki pakai jeans lg. Smpai pintu dewan tak blh masuk. Itu pntngnya hadir masa rehearsel.  Makcik ni sempat je klau nak beli baju kurung, belambak org jual time convo. Saja buat isu
Quote Limao 3-4-2015 07:27 AM
Lain kali makcik, sila amalkan budaya membaca dengan penuh tekun hatta sekeping kad jemputan sekalipun.
Quote puterikhaleeda 3-4-2015 07:31 AM
kekekeke.... anak sedara aku pun sama... gi konvo adik dia... dia bole pakai baju tanpa lengan....fefeelin urbun kekdah nya///.. hahahahhaah putih mata nak tgk adik convo.. tapi dia tak laa nyalakkkk......
Quote iniaroonz 3-4-2015 07:34 AM
dah ada dress code, kena patuhilah... takkan tak tau hadiri majlis rasmi camna etika berpakaian...awat celah mana depa duduk ni sampai ketinggalan ketapi ni...
Quote redz85 3-4-2015 07:35 AM
makcik ni masa muda mesti cantik.. kesian tak dapat tengok.. she looks modest to me
Quote dreamy_forest 3-4-2015 07:37 AM
Salam kes ni aku salah kan anak dia...pesal x baca dress code patutnya anak makcik ni lagi paham
Quote haryatie 3-4-2015 07:39 AM
kenapa ank nya x ckp awal2..
sekurang kurangnya sempat jugak gi beli baju

dlm hati da berbunga bunga nk tengok
sekali x boleh pulak
kesian jugakkk.
Quote jerukkedondong 3-4-2015 07:39 AM
Semua salahkan makcik....kesian makcik...tapi memang salah mkcik pun....1st time gi konvo anak kot....mkcik boleh sambung belajar..grad nanti pakai bju kurung ye....
Quote noraidil_06 3-4-2015 07:49 AM
Akibat malas membaca.
I x faham, alasan di duduk di sarawak, so dia x patuhi dress code.ape kena-mengena ye.
Quote shalola 3-4-2015 07:53 AM
xde org nak mention ke betapa cantik girl ni n abg dia...mak dia mcm mat saleh
Quote cegitu 3-4-2015 07:56 AM
yang baju biru tu bukan yg selalu berlakon iklan tu eh?
Quote nuyunnisa 3-4-2015 07:57 AM
Agree....stay di Sarawak bukan alasan....t sarawak tinggal di mna...hutan banat kah..secara x lgsg mcm nk kata sarawak tu negeri mundur plakk..info x smpi bagai...then ape peranan anak?...xde komunikasi ngan fmly kah..tau berjimbaa ngan tunang jerkk..please la convocation is a formal event...dressed up accordingly or dduk luar dewan tgk kt screen besarr sajorrk...

Lihat semua komen(315)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.399127 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top