Dengkil: “Saya terkejut apabila melihat dinding dapur retak dan rumah pula tiba-tiba senget selepas bunyi pelik menyebabkan kami sekeluarga bergegas keluar,” kata M Saraswaty, seorang daripada 266 penghuni Blok 5 Flat Taman Permata, di sini, yang terpaksa berpindah selepas bangunan itu didapati tidak selamat didiami berikutan keretakan sejak petang kelmarin.
Saraswaty, 49, yang sudah tinggal di situ sejak 16 tahun lalu berkata, dia mula menyedari kejadian itu kira-kira jam 6 petang kelmarin ketika sedang berehat bersama anak, menantu dan cucu di rumah. “Sebelum ini, ada beberapa rumah di flat ini mengalami keretakan, tetapi tidak seteruk kali ini dan terasa senget sehingga pintu bilik pun tidak boleh ditutup. “Kami tidak mahu tinggal di sini lagi kerana flat ini tidak lagi selamat. Mahu duduk setengah jam dalam rumah pun bimbang, apatah dalam tempoh lama. Kami tidak sanggup,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Tinjauan Harian Metro mendapati beberapa rumah di blok itu mengalami keretakan agak teruk, jubin bertaburan di lantai manakala keadaan flat empat tingkat itu pula mendap. Saluran air bawah tanah di penjuru flat didapati mengalirkan air terus ke longkang dan ia dipercayai penyebab berlakunya mendapan berkenaan. Disebabkan keadaan bangunan yang tidak selamat, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengarahkan semua penduduk berpindah sementara waktu bagi membolehkan mereka membuat pemantauan terhadap keselamatan flat. Seorang lagi penduduk, M Kalimah, 39, berkata dia menyedari kejadian itu apabila terasa rumah seolah-olah bergegar sebelum mendengar jiran menjerit meminta mereka turun segera kerana unit kediaman retak teruk. “Ketua blok terus menghubungi polis dan bomba sebelum diminta mengosongkan rumah dengan segera akibat keretakan itu. “Malam tadi (kelmarin) kami tidur di khemah yang disediakan dan ada di kalangan penduduk tinggal di Dewan Serbaguna Dengkil, semua tidak berani masuk ke rumah kerana bimbangkan keselamatan,” katanya. Penduduk, Michael Dass, 24, berkata jubin dinding dapur rumahnya ‘luruh’ secara tiba-tiba dan beberapa bahagian dinding rumahnya retak akibat kejadian itu. Menurutnya, ibunya paling sedih akibat kejadian itu kerana sudah menghabiskan RM40,000 untuk mengubah suai kediaman yang diduduki sejak 16 tahun lalu. “Ibu sangat sedih kerana dia ingat boleh tinggal dengan selamat dan selesa selepas mengubah suai rumah, tiba-tiba kejadian ini berlaku sedangkan wang simpanan sudah banyak habis dibelanjakan,” katanya. |
Anak_Nogori posted on 13-6-2013 09:09 AM
Satu lagi...ni masalahnya bila amik alih dari kerajaan UMNO dulu...
tapibukanaku posted on 13-6-2013 09:11 AM
satu lagi...ni lah masalahnya amik kontraktor dari kroni2 dorang je
tau makan duit jek
Anak_Nogori posted on 13-6-2013 09:25 AM
Semua tu jangan tak tahu...nak lepas tangan lah bila dah jadi kera jaan..
ADVERTISEMENT