CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Petua Penjagaan Kuku Agar Sentiasa Kelihatan Cantik

1-4-2015 05:49 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4160| Komen: 0




Ladylista - Tahukah anda bahawa kuku menggambarkan perwatakan seseorang? Jadi janganlah sesekali abaikan kecantikan dan kebersihan kuku. Tiada guna berwajah menarik jika kuku tak bersih kerana ia jelas menggambarkan anda seorang pengotor. Nah disini Ladylista kongsikan petua mudah dan lebih tradisional tanpa bahan-bahan kimia. Cubalah jika ada kelapangan.


Tips #1 : Bawang Putih
Jangan tak tahu ya selain untuk memasak bawang putih boleh digunakan sebagai bahan untuk penjagaan kuku. Bagi kuku yang mudah pecah atau patah, cara nya senang sahaja. Tumbukkan bawang putih sehingga lumat kemudian gosok pada permukaan kuku berulang kali. Pasti kuku anda kelihatan bersih, berkilat dan tidak mudah patah. Amalkan


Tips #2 : Limau Nipis
Jika rumah anda banyak limau nipis, boleh cuba cara ni. Belah limau nipis kemudian gosokkan pada kuku beberapa kali dan biarkan sehingga kering. Cuci dan lihatlah hasilnya. Anda pasti rasa teruja. 

Tips #3 : Kangkung

Kenal kangkung? Tak kenal memang tak tahu lah nak cakap apa. Kalau dalam peti ais ada kangkung boleh lah cuba cara ni.. Ambil daun kangkung dan campur dengan air kemudian tumbuk hingga penat. (lumat). Gosokkan pada kuku dan selepas daun kangkung tersebut kering, bilas dengan air bersih. Lihatlah hasilnya. Anda pasti tersengih riang.


Tips #4 : Kunyit Hidup
Ya, Kunyit Hidup bukan kunyit serbuk tau.. Caranya mudah saja, kunyit yang sudah ditumbuk lumat hendaklah dicampurkan sedikit minyak kelapa. Selepas itu sapukan pada kuku kemudian basuh kuku tadi dengan air suam. Lihatlah hasilnya..Bukan sekadar mencantikkan malahan juga menghilangkan bau yang kurang enak disekitar kuku kita.

Selamat mencuba!


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.084495 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top