Ramai yang abaikan atau mungkin tidak ambil "kesah" tentang adab ketika berada di meja makan sedangkan ia menggambarkan imej kita sendiri. Amatlah tidak sopan sekali jika perlakuan kita diperhatikan teman-teman atau bakal kekasih dan mungkin juga bakal mertua. Silap-silap terus "cancel" buat menantu.
Ok jom Ladylista kongsikan apa yang tidak seharusnya dibuat ketika dan sesudah menjamu selera :- #1 - Jangan menjamah makanan tanpa membasuh tangan atau makan dengan gelojohnya seperti orang yang kebuluran. #2 - Jangan bertengkar didepan makanan. Eh macam tak ada tempat lain kan nak bertengkar.
#3 - Jangan kunyah berbunyi (mengunyah makanan terlalu kuat hingga menghasilkan bunyi yang amat mengganggu dan menyakitkan hati teman semeja). #4 - Jangan menyebut atau menceritakan sesuatu perkara jijik dan meloyakan ketika makan. Ini jelas anda seorang yang mempunyai masalah mental atau jiwa kacau. #5 - Jangan ketawa semasa mulut penuh dengan makanan. Silap-silap tersembur ke muka orang dihadapan kita. Penumbuk lah makan dia. #6 - Jangan sendawa di meja makan kerana ia menggambarkan anda seorang yang selekeh serta pengotor. #7 - Jangan mencungkil gigi di meja makan walaupun dengan menutup dengan tangan. Ia tetap kurang sopan dan tidak beradab. #8 - Jangan korek hidung selepas makan. Ini sangat memualkan tekak. Sudah baca harap boleh kongsi dengan rakan-rakan. Semoga memberi manfaat buat semua supaya menjaga adab ketika makan - Ladylista |
ADVERTISEMENT