Beri Peluang Pada Pemain Yang Belum Beraksi Pengendali bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee beri jaminan akan menurunkan pemain yang masih belum beraksi apabila berdepan Polis United bagi aksi perlawanan persahabatan. Pernah dinobat diantara 10 pemain terbaik Asia, Rozaimi Abdul Rahman antara pemain yang masih belum mendapat peluang beraksi selain dari D. Saarvindran, Fikri Sudin dan Yatim Abdullah. Kim Swee menegaskan pemain itu akan diturunkan sama ada dalam kesebelasan utama ataupun sebagai pemain gantian. Pengendali kelahiran Melaka itu turut akui tidak sabar untuk melihat aksi Rozaimi diatas padang. Penyerang Sabah itu dianggap sebagai pemain harapan untuk menggalas cabaran negara di Sukan SEA nanti. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT