Aidil Optimis Kembali Rebut Tempat Bekas kapten Harimau Malaya Aidil Zafuan Abd Razak mahu kembali merebut slot dalam kesebelasan utama selepas pulih dari kecederaan lutut. Pada musim lepas, Aidil merupakan pemain utama yang membarisi skuad Harimau Selatan itu namun sejak mengalami kecederaan tempatnya telah diambil alih oleh pemain pertahanan lain. Ketika ini pemain berusia 29 tahun itu sedang giat memulihkan kecergasannnya kerana sudah dua bulan tidak beraksi. Namun, jika dilihat berdasarkan barisan pemain pertahanan sedia ada, Aidil berdepan tugas sukar untuk kembali merebut slot kesebelasan utama. Walaubagaimanapun, Aidil tetap optimis mahu memberikan yang terbaik ketika sesi latihan bagi memikat kembali jurulatih Bojan Hodak. Ketika ini posisi bek kanan menjadi rebutan beberapa pemain antaranya S. Kunanlan, Daudsu Jamaluddin, Amer Saidin dan Mahali Jasuli. sumber:www.stadiumastro.com
|
7
Bagus |
3
Marah |
1
Terkejut |
Sedih |
3
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT