Berjuang habis-habisan - Razip
Walaupun sedar skuad bawah 22 tahun negara berdepan laluan sukar namun jurulatih Razip Ismail beri jaminan anak buahnya akan berikan yang terbaik berdepan Jepun pada Selasa. "Kami akan berjuang habis-habisan dan berharap keputusan perlawanan akan memihak kepada skuad negara apabila tamat perlawanan,"ujar bekas pertahanan kebangsaan itu. Hanya kemenangan mampu menghidupkan peluang skuad muda negara beraksi di pusingan akhir di Qatar tahun depan. Pengendali Jepun, Makato Teguramori mahu anak buahnya kekal waspada berdepan Malaysia walaupun mereka dianggap pasukan pilihan untuk menang. "Bukan mudah berdepan Malaysia, mereka pastinya bermotivasi tinggai selepas menewaskan Macau. Malaysia mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri," katanya. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT