Kubur Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Di Pagar Elak Bidaah KUALA LUMPUR – Kubur bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditutup dengan pagar tanpa pengetahuan ahli keluarganya. Anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan, pagar itu dibina oleh beberapa penduduk kampung dan murid Nik Abdul Aziz, “Binaan itu telah dibina tanpa pengetahuan pihak kami keluarga. Tujuannya baik untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah yang bertentangan ajaran Islam yang suci. “Ia dilakukan oleh beberapa individu jahil dan rosak hati yang datang dari luar seperti mengambil tanah untuk tujuan berkat yang hakikatnya adalah sesat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. NIk Mohamad Abduh berkata, keluarganya bagaimanapun tidak setuju dengan binaan di kubur tersebut dan membuat keputusan pagar itu hanya berstatus ‘sementara’. “Ia akan dipindahkan dalam tempoh terdekat. Kubur ayahanda akan kekal dengan sunnah nabawiyah. Tanpa binaan selain batu nisan,” katanya. Semalam tersebar sekeping gambar yang menunjukkan sebuah kubur dipercayai kubur Allahyarham Nik Aziz dipagari besi berwarna hijau. – mynewshub.cc
|
29
Bagus |
4
Marah |
20
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
HOHA replied at 31-3-2015 04:21 PM
masa hidup, pemuja Nik Aziz ni memang diperlukan lah untuk undi..
dah mati, jadi masalah pulak.
Changa replied at 31-3-2015 04:10 PM
one thing kakak setuju dengan pemikiran keluarga heshe.
ADVERTISEMENT