CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis cari dua beradik

12-6-2013 05:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2072| Komen: 1

Description: BALIK PULAU - Polis Pulau Pinang sedang mengesan dua beradik untuk membantu siasatan kes meli ...

Mazlan (dua, kiri) menunjukkan pistol tiruan yang digunakan kumpulan berkenaan untuk melakukan samun.


BALIK PULAU - Polis Pulau Pinang sedang mengesan dua beradik untuk membantu siasatan kes melibatkan kumpulan Geng Wan Kama yang melakukan samun bersenjata di sekitar negeri ini dan beberapa kawasan di Kedah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, seramai 10 ahli kumpulan berkenaan sebelum ini ditahan dan pihaknya merampas pelbagai barangan hasil kegiatan jenayah kumpulan bernilai dalam beberapa serbuan baru-baru ini.

Mazlan berkata, dua yang dicari ialah Mohd Azly Elias, 30, dan Mohd Azizi, 29, beralamat terakhir di 4186, Mukim 3, Permatang Ara Butterworth.

Menurutnya, kumpulan berkenaan yang mula aktif pada awal tahun ini akan menggunakan pistol tiruan dan parang untuk menakut-nakutkan mangsa sebelum melarikan pelbagai barangan berharga.

“Hasil siasatan mendapati kumpulan ini telah melakukan lebih 10 kes samun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini semalam.

Sementara itu, dalam kes berasingan, polis turut mencari empat lelaki bagi membantu siasatan kekecohan di medan selera di Jalan Relau, di sini malam Ahad lalu.

Mereka ialah Teh Hang Beng, 34, tinggal di Taman Greenland, Han Chong Gee, 33, di Mar Vista Resort, Ong Teik Beng, 24, di Lintang Bayan 8 Bayan Lepas dan Toh Kae Luen, 22, di Lebuh Relau 6.

Maklumat mengenai empat individu boleh disalurkan kepada Inspektor Boby Tamat di talian 013-5551088 atau 04-8662222.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 12-6-2013 04:05 PM
pulau ppl

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.062259 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top