CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Jazeman Jaafar Bakal Pemandu F1 Malaysia

31-3-2015 10:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13939| Komen: 0

Jazeman Jaafar Bakal Pemandu F1 Malaysia



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mencadangkan usul kepada kerajaan bagi membuat pelaburan ke atas pelumba muda, Jazeman Jaafar untuk mewakili negara sebagai pemandu Formula Satu (F1).    


Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata rakyat Malaysia mahu dan akan lebih berminat menyaksikan perlumbaan F1 dengan adanya pemandu tempatan seperti Alex Yoong, sebelum ini.

"Saya rasa rakyat ingin melihat kita dapat ketengahkan seorang pemandu F1 dan hasil pelaburan ini boleh diukur dari segi aspek pelancongan, ekonomi dan sebagainya. Kami mahu calon paling dekat iaitu Jazeman.

"Tapi dia perlukan satu pelaburan untuk kita melayakkan beliau jadi pemandu F1. Jadi sekarang kita kena fikir sama ada kita dapat buat pelaburan untuk melayakkan beliau jadi pemandu F1 atau tidak," katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara sidang I penggal ke-30 tahun 2015/2016 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras.

Jazeman, 22, kini berlumba dalam Siri Dunia Formula Renault 3.5 bagi pasukan 'Asia Racing Team'.

Mengulas mengenai sambungan kontrak penganjuran F1 hingga 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Khairy berkata pihaknya menyokong pelanjutan tersebut dengan harapan ia dapat membangunkan lagi bakat-bakat dalam sukan permotoran negara.

"Kita nak pastikan bahawa penganjuran itu sudah pasti banyak membawa faedah ekonomi kepada negara dari segi pelancongan, industri dan permotoran," katanya.

Dalam perkembangan lain, mengenai pelaksanaan Program Podium yang diumumkan pada awal tahun ini, katanya pihaknya masih dalam proses perundingan melibatkan isu gaji dan beberapa perkara yang perlu diperhalusi.

Program Podium adalah program pembangunan dan persediaan atlet untuk menghadapi Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dengan sasaran mencapai pingat emas pertama negara di pentas Sukan Olimpik.

sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.028479 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top