CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Gambar Menarik Haiwan Yang Sempat Dirakam Lensa Kamera

30-3-2015 10:56 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5375| Komen: 6

Description: Semasa ditanah, anak tupai ini berani untuk memakan burung tersebut sebelum dengan ganasnya dikatakan memaut pada belakang burung tersebut ke satu destinasi lain.

1. Dirakam oleh Martin Le-May, dapat dilihat seekor anak tupai menaiki burung belatuk. Semasa ditanah, anak tupai ini berani untuk memakan burung tersebut sebelum dengan ganasnya dikatakan memaut pada belakang burung tersebut ke satu destinasi lain.

2.Uniknya mengenai gambar ini, tiada satu teknik 'photoshop' pun dilakukan atas gambar ini. Memang menakutkan, namun beruang ini telah dilatih oleh tuannya untuk beraksi sedekimian rupa. Ladylista tak boleh bayangkan bagaimana perasaan model ini. Gambar ini diambil oleh  Katerina Plotnikova.

3. David Maitland yang juga pemenang 'Best Wild Animal Photo' pada 2008 telah menunggu sehingga jam 3 pagi untuk merakam aksi katak berbisa dengan ular ini. Dapat dilihat ular ini ingin menjadikan katak ini makanannya namun si katak tak juga mahu menyerah kalah. Namun, kesudahannya menjadi misteri apabila juru gambar tersebut meninggalkan kawasan terbabit kerana terlalu lama menunggu kesudahan cerita katak dan ular ini.

4. Seperti yang dilihat, nampaknya seperti ada yang mengangkat kambing ini ke atas dahan. Lihat yang paling atas sekali tu. Namun sebenarnya kambing-kambing ini menggunakan kekuatan kukunya untuk naik di atas dahan-dahan tersebut. Walaupun bahaya dahan patah mungkin berlaku kerana kambing pun tak juga ringan. Namun kambing ini ternyata dapat menimbangi diri mereka sewaktu mendongak tinggi di atas dahan. Tahniah.

5. Jangan pelik ya. Gambar ini memang benar-benar wujud dan kewujudan ikan bewarna biru ini adalah dari spesis parrotfish. Dipanggil 'Blue' kerana ikan ini memang berwarna biru.


6. Comel bukan? Gajah ini bukan dilatih untuk kelihatan comel sebegini. Mereka sebenarnya gajah liar yang sempat dirakam menerusi kamera. Dilihat adik-beradik ini sedang berjalan meninggalkan kawasan lama dan pergi meneroka kawasan baru di sekitar Masai Mara, Kenya.

7.  Buaya yang berusia setahun ini sedang dalam percubaan menjadikan katak ini mangsa seterusnya. Dan kita semua tahu apa yang berlaku pada si katak tersebut.

8. Anjing baka Spinger Spaniel ini sangatlah hebat apabila telah dilatih untuk menyusukan kambing-kambing di ladang tuannya. Jess akan menolong menyusukan hampir 270 ekor kambing tuannya.

9.  Gambar ini menjadi bualan dalam internet apabila ramai mengatakan ianya di'edit'. Tapi ternyata tidak.

10. Seronoknnya penguin ini menompang dibelakang dolphin ini.

11. Indah bukan? Sepasang anak penguin yang baru menetas terus mencari satu sama lain dan bersama-sama melihat dunia baru.

12. Ini memang bukan edit ya. Ini adalah anjing berbaka 'pit-bull' yang berusia 17 bulan diberi nama Hulk. Jangan terkejut ya, Hulk ini masih membesar dan saiznya apabila mencapai dewasa adalah 2 kali ganda saiz sekarang. Bayangkan boleh mencecah tinggi seekor kuda. Cool kan??


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote hanna88 23-4-2015 06:29 PM
ikan biru isi nya biru gak ke..rare sungguh..paling kelakar yg kambing atas dahan tu..yg comel penguin adik bradik..anjing tu scary la..beso betoi..dah beso rimau dah tu
Quote reksasa 22-4-2015 11:54 AM
cantiknye ciptaan Illahi..
Quote aleesyasofia 8-4-2015 02:10 PM
ikan wrna biru 2 macam kena cat jer rupanya..
menakutkan.. tak pernah tgk..
Quote crazecousa 2-4-2015 09:10 AM
bapak besaunye anjing bulldog neh
Quote intriQue 30-3-2015 05:05 PM
Cantik dan unik nya gambar2 ni....2 thumbs up
Quote iznanaziz 30-3-2015 04:45 PM
17 bulan dah rupa cam tu
cuba korang bygkan kalau umur dia 27 tahun?
lagi kerepot kan?

Lihat semua komen(6)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.033751 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top