CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menyamun pakai vest polis

12-6-2013 01:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 1976| Komen: 1

Description: BATU PAHAT – Tindakan tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis bertujuan menyamun seorang pemandu pacuan empat roda tidak berjaya apabila perbuatan mereka disedari polis trafik ya ...

Din Ahmad

BATU PAHAT – Tindakan tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis bertujuan menyamun seorang pemandu pacuan empat roda tidak berjaya apabila perbuatan mereka disedari polis trafik yang berada di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, dalam kejadian sekitar jam 8.35 malam itu, suspek kelihatan memakai vest polis, berseluar pendek dan berambut panjang sekaligus mengundang rasa curiga anggota polis yang kemudiannya bertindak memeriksa ketiga-tiganya sebelum mereka melarikan diri.

Menurutnya, polis kemudian terus mengejar suspek sejauh kira-kira lima kilometer sebelum kereta yang dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan di Jalan Tanjung Labuh, di sini, berhampiran Sekolah Menengah Sains Batu Pahat.

“Dua daripada tiga suspek berjaya diberkas dengan bantuan MPV, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri ke dalam hutan berdekatan dan menyembunyikan diri untuk beberapa ketika.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 3 pagi, suspek ketiga berjaya ditangkap di Kelab Golf Banang,” katanya.

Din berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 21 hingga 41 itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki turut menemui satu vest polis, dua bilah parang dipercayai digunakan untuk menyamun dan sepucuk pistol mainan.

“Kesemua suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah samun kenderaan di Semerah dan positif dadah,” katanya.

Beliau berkata, salah seorang daripada suspek masih dalam jaminan mahkamah berhubung kes curi kenderaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai anggota polis, Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,”


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nonok22 15-7-2016 01:50 PM
Pun bolehhhhj

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.044023 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top