LadyLista - Mohd Daud McKienzie atau sebelum ini dikenali sebagai David McKienzie merupakan pilihan hati Lana Nordin. Jejaka berasal dari Amerika Syarikat ini dipilih Lana kerana pengetahuan mendalam jejaka tersebut terhadap Islam. Bakal mendirikan rumahtangga pada 15 Mei ini di Hotel Istana Lana menambah David tidak merokok dan tidak gemar untuk bersosial. Selain itu, perkahwinan mereka ini dipercepatkan kerana Lana mahu ikatan mereka dihalalkan dan senang untuknya bergerak ke mana-mana bersama David selepas ini. “Semasa di awal perkenalan kami saya sudah menegaskan kepadanya bahawa sekiranya dia ingin mengahwini saya dia perlu menukar agamanya. Bagaimanapun saya pula yang terkejut kerana dia mengetahui perkara itu selain memberikan penjelasan lain tentang Islam dan membuatkan saya terpaku dengannya,” ujar Lana Nodin ketika ditemubual media.
Sementara itu, Lana memberitahu akan meninggalkan karier lakonan sekiranya perlu berbuat sedemikian kerana ingin memberikan keutamaan pada bakal suaminya itu kelak. Malah mungkin akan mengembangkan karier lakonannya di Hollywood. “Saya mungkin akan kembangkan karier lakonan saya di Amerika Syarikat sekiranya berpeluang kerana David juga mempunyai kenalan yang bekerja dalam bidang perfileman Hollywood. David bercadang mahu memperkenalkan saya dengan rakannya menguruskan agensi pencarian bakat kepada pelakon-pelakon baru untuk bertapak di Hollywood” “Apapun semua itu bergantung pada rezeki, katanya mengakui akan berbulan madu di Seth, Amerika Syarikat,” tambahnya.
|
ADVERTISEMENT