CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Sir Vival : Inovasi Kereta Paling Selamat 1950an

26-3-2015 06:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5447| Komen: 1

Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, industri pembuatan automotif Amerika Syarikat berkembang baju. Jumlah kereta di atas jalanraya juga meningkat secara mendadak dan selari dengan itu jumlah kematian akibat kemalangan juga bertambah. Kereta yang direka sekitar 1950an tidak dibina dengan ciri-ciri keselamatan seperti tali pinggang dan stereng boleh terlibat.

Pelabagai inovasi dihasilkan pada dekad ini bagi memastikan pemandu tidak akan terbunuh sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sir Vival ialah konsep kereta "paling selamat" yang direka oleh W Jerome dari Massachusetts. Beliau mengubahsuai sebuah kereta Hudson 1948 menjadi kerana aneh Sir Vival ini.

Sir Vival mempunya bahagian depan yang boleh berpusing yang dipasangkan pada sebuah engsel kepada bahagian belakang. Bahagian depan ini diharap dapat menyerap hentakan jika berlaku perlanggaran secara hadapan. 

Bahagian kabin penumpang akan terselamat dari remuk. Bahagian tepi Sir Vival juga dilengkapi bumper getah untuk menyerap hentakan pada kelajuan rendah. Inovaso paling ketara ialah tempat duduk pemandu yang lebih tinggi dari tempat duduk penumpang. 


W Jerome percaya jika pemandu duduk seorang diri beliau tidak akan diganggu penumpang dan boleh menumpukan 100% perhatian pada jalanraya. Cermin berbentuk ini tidak dilengkapi pengelap cermin konvensional kerana dikatakan menghalang pemandangan ketika hujan. 

Cermin silender ini berputar dengan sendiri dan terdapat pengelap tingkap menegak pada bahagian belakang pemandu yang akan mengelap kotoran. Kabin Sir Vival juga mempunyai ciri keselamatan lain seperti pelapik lembut serta roll cage.

Idea W Jerome tidak mendapat sambutan hanya beberapa prototaip dihasilkan. Kinda sad. This car looks super cool.







Laporan asal Just A Car Guy
kredit:www.blogserius.blogspot.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote giyomi 27-3-2015 12:43 PM
kete apakah...nak kata kete kebal tak, nak kata bug pon tak...tkt adalah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.051667 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top