HTC Menjadualkan Acara Pelancaran Peranti Baru Pada 8 April Di Beijing Jemputan yang dihantar turut memperlihatkan sebuah peranti baru yang berbeza dengan apa yang telah dilancarkan HTC. Gambar pada jemputan memperlihatkan kamera belakang dengan rekaan bulat, selain turut dilihat turut menyertakan dwi-kamera seumpama pada M8. Mengikut desas-desus yang tertiris sebelum ini, HTC dikatakan mungkin hadir dengan One M9 Plus, menyertakan skrin bersaiz 5.2-inci serta mungkin dilengkapi cip MediaTek serta memori 3GB RAM. Kemungkinan besar juga, peranti ini akan menyertakan pengimbas cap jari seperti pada phablet HTC sebelum ini. Apa pun, sama-sama kita nantikan tarikh 9 April ini untuk melihat sendiri apakah yang bakal diumumkan oleh HTC kelak. Sumber Rujukan: Phandroid kredit:www.amanz.my
|
ADVERTISEMENT