Dimusim panas yang sedang melanda negara kita sekarang ini, jika manjakan tekak kita dengan ais krim ibarat satu nikmat yang tak terhingga buat kita. Jadi Ladylista ingin berkongsi cara senang dan cepat untuk membuat ais krim goreng. Bahan-bahan pun amat mudah didapati hanya dikedai runcit berhampiran anda sahaja. Sambil layan cd hindustan, sambil makan ais krim goreng... perghh tak terhingga nikmatnya :) Bahan-bahan : - Sebekas Ais krim (perasa mengikut citarasa anda) - Roti keping
- Gelas besar atau tupperware bulat Cara membuatnya : 1. Letak ais krim di antara dua roti yang ditekup. Tekan dengan gelas besar atau tupperware untuk bentukkan bahagian luar supaya bersambung. 2. Selepas dibentukkan ais krim tersebut dalam roti, masukkan ke dalam plastik untuk simpanan dalam peti sejuk 2 hingga 3 jam. Boleh goreng terus atau disimpan untuk hari lain. 3. Sebelum goreng, pastikan minyak betul-betul panas, keluarkan bahan dari plastik (jika disimpan dalam plastik) dan goreng sebentar sahaja. 4. Angkat dan siap untuk dihidangkan. Enak jika dimakan panas-panas Selamat mencuba! Gambar sumber dari : Google Image |
ADVERTISEMENT