CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyamun kecewa

12-6-2013 10:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2773| Komen: 9

Description: Kuala Lumpur: Sepuluh penyamun berputih mata apabila cubaan mereka melarikan mesin juruwang dari sebuah restoran di Taman Connought, Cheras, di sini, sia-sia berikutan mesin berkenaan sudah dikosongka ...
Kuala Lumpur: Sepuluh penyamun berputih mata apabila cubaan mereka melarikan mesin juruwang dari sebuah restoran di Taman Connought, Cheras, di sini, sia-sia berikutan mesin berkenaan sudah dikosongkan pemiliknya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah malam semalam, 10 penyamun bersenjatakan parang dan topi keledar itu hanya menyamun RM950 milik dua pekerja restoran dan melarikan mesin juruwang.

Menceritakan kembali kejadian itu, pemilik restoran yang mahu dikenali sebagai Teh, 38, berkata, kumpulan penyamun itu menaiki dua Proton Wira dan tiba di premisnya selepas mereka tamat perniagaan.


“Ketika kejadian, saya menggoreng sayur manakala dua pekerja dan seorang pelanggan minum di luar kedai. Dengan tiba-tiba saya mendengar bunyi bising di luar kedai dan bertindak bersembunyi di bawah dapur.


“Mereka hanya menyamun dua pekerja dan pelanggan,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian dia sudah mengosongkan mesin juruwang dan meminta isterinya membawa pulang hasil jualan untuk hari berkenaan dan ketika kumpulan itu tiba di premis, mesin berkenaan sudah kosong.



“Mereka membawa lari mesin itu tanpa menyedari ia sudah kosong dan turut meminta dua pekerja saya mengeluarkan wang. Apabila seorang daripada mereka memberikan wang ratusan ringgit, dia dipuji manakala seorang lagi dipukul di kepala kerana hanya mempunyai RM20.

“Semua penyamun itu berusia 20-an dan hanya mengambil masa 10 minit untuk menyamun,” katanya.

Susulan kejadian itu, dia membuat laporan di Pondok Polis Taman Connought untuk tindakan lanjut.

5

Bagus
12

Marah

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote md.jie 12-6-2013 08:19 AM
untung la tokei kedai makan tu... semakin aman negara kita
Quote d-7-0ne 12-6-2013 08:20 AM
kes trpncil.
Quote Acong 12-6-2013 08:28 AM
lain kali samun rumah menteri atau saudara mereka........ paling busuk pung dpt laa hasil RM100 ribu.......
Quote mute 12-6-2013 08:41 AM
dapat bau sayur jela....
Quote kaknab 12-6-2013 08:46 AM
pak polisi cepat bertindak..kalu nmpak tembak ja, senang mati terus. kurang 1 penjenayah di malaysia ni, kurang sikit kesesakan dalam penjara nnti..
Quote ocho 12-6-2013 08:59 AM
10 pemyamun ? menyamun kedai mkn ? ingatkan tadi menyamun mesin ATM kat bank
Quote nonok22 15-7-2016 01:51 PM
Kesiannnnnn
Quote alien485 23-7-2017 04:00 PM
ketawa lah     
Quote matkajang 23-7-2017 04:12 PM
penyamuin syialll. masa kecik dah start memanjang tangan mencuri dekat kedai2 supermarket.
dah besar, rompak bawak parang bawak geng.

hasil rompakan bagi sikit kat mak bapak.
mak pak happy berhasil mendidik anak sejak kecik jadi haramjadah.








Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.077272 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top